Monday, August 29, 2011

myanei...



hati aku sekarang tengah sesak..nafas aku turun naik..aku rasa perasaan aku berkecamuk macam air terjun niagara tau..aku tak sangka, semuanya boleh berubah sekelip mata..petang tadi kami berbual mesra,malam ni,, aku menangis..tapi, dia tak tahu pun..mungkin sekarang ni, dia tengah tidur nyenyak..tapi aku? rasa macam rela tak raya..
    dia kecikkan hati aku..aku rasa geram sangat,,so aku off phone..rupanya,dia marah..dia tak nak kongsi apa-apa dengan aku lagi..betul..apa yang dia cakap,sepatutnya aku bantu dia, bagi dia kata-kata semangat semasa dia ada problem..tapi, apa aku buat? aku sengaja off phone kononnya merajuk dengan dia..walhal, dia amat mengharapkan aku beri pertolongan pada dia..
     maafkan aku..cukup aku tak sangka dugaan ini datang di malam raya..malam yang sepatutnya dirai dengan gelak tawa, aku habiskan dengan air mata.. maafkan eli, maafkan eli.. eli tak sangka ni semua akan jadi.. rasa tak sanggup nak hadapi hari esok..rasa macam nak campak je handphone dalam laut biar dihanyut ombak..
    aduh.!!kusut....kusut sangat..tolonglah..tolonglah aku...

Sunday, August 28, 2011

aku sedia,kasih..



hype semua..hari ini,saya nak titipkan sebuah kisah benar..kisah ini dialami oleh seorang hamba Allah yang sangat rapat dengan saya..saya dengan dia sudah sebati dan amat tahu perangai masing-masing..
   semasa dia masih lower form, dia berkenalan dengan seorang lelaki,budak form five la..mereka berkenalan pun, di atas satu incident yang tidak disengajakan..kawan kepada hamba Allah ni yang pastkan nombor telefon dia pada budak senior tu..
    pada mulanya,hamba Allah ni,rasa macam tak nak layan budak form five tu..sebab dia memang tak berapa percaya sangat dengan lelaki ni..lagilah kalau abang-abang upper form ni, memang suka main-mainkan budak2 junior..tapi, budak form five ni, baik sangat..ramah.. memahami.. sejak tu, mereka sentiasa contact each other and always share something together...
    lelaki ni pula ada masalah dengan kengkawan dia, so semua cerita dia kongsi dengan kawan saya ni..seperti biasa, bibit suka tu mula berputik..tapi, tak ada seorang pun yang meluahkan, walaupun hakikatnya mereka suka sama suka. apa yang menarik perhatian saya, kalau mereka bertembung, terserampak atau ternampak dari jauh, diorang memang tak akan senyum2 ke,,jeling-jeling ke..rahsia diorang memang tersimpan rapi..dalam sekolah kawan saya ni, adalah dalam 4 atau 5 orang je yang tahu yang diorang ni mengenali antara satu sama lain..
    hampir setahun, mereka contact..always calling and gayut tak berhenti-henti..akhirnya, lelaki ni mengaku jugak yang dia suka perempuan tu..tapi dia tak mengaku dekat kawan saya ni..dia mengaku dekat kakak kawan saya ni..maybe, lelaki tu malu nak cakap dengan kawan saya ni kot.. 
    suatu hari ni, kawan saya ni cerita dekat saya, dia kata budak form five tu dapat PLKN.. tiba-tiba dia risau..nanti bila lelaki tu dah habis sekolah, adakah hubungan diorang akan seperti dulu? mesti dekat PLKN nanti dia akan jumpa lebih ramai perempuan yang lebih baik dari kawan saya..tu baru PLKN, nanti dekat universiti lagi,,bila dah kerja nanti,lagi la ramai persaingan.. ye tak?.. 
    so sekarang, dia bersedia jer dengan apa yang akan berlaku seterusnya..sama ada, lepas ni, diorang akan still contact each other or losscontact itu semua boleh berlaku..kiranya, dia pasti suatu hari nanti diorang akan membawa haluan masing-masing..tapi, sebab kawan saya ni dah jatuh syang dengan budak lelaki tu, dia bertahan jugak..dia kata dia sedia andai suatu hari nanti, dia terpisah dengan lelaki tu, and bila diorang jumpa balik, laki tu dah beranak-pinak..
     hmm..cuba anda pikirkan..apa perasaan anda kalau anda suka dekat orang yang anda tahu dia akan tinggalkan anda..terasa pahit, namun terpaksa ditelan satu persatu.. betullah kata orang, cinta perlukan pengorbanan..walauapapun, hidup mesti diteruskan..ingatlah, pengalamanlah guru kita yang paling bererti dalm hidup..yang mematangkan kita..hingga kita boleh berjaya di muka bumi ni..

Saturday, August 27, 2011

air mata syawal..

setiap orang ada cita-cita nak belajar kat oversea kan?saya pun ada jugak..menjejakkan kaki ke bumi seoul atau sydney adalah impian saya..tapi, entahlah..hanya takdir yang menentukan.tapi,kalau dah belajar dekat luar negara ni, memang jarang dapat baliklah jawabnyer..bukan macam dekat asrama,dua minggu sekali boleh balik..so,beraya pun dekat negara orang..mesti sedihkan?
     tiba-tiba terlintas pulak lagu air mata syawal ni..aduh..syahdu saya mendengarnya.. apapun, to my beloved followers and my beloved friend, shera majlan,,selamat hari raya!!!

( 1 )
Sayu... hati ini makin sayup
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya

( 2 )
Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

( 3 )
Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

( 4 )
Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah