Sunday, July 31, 2011

cinta islamik?wujud kah..?

alt
Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan haram dalam Islam. Antara ayat-ayat yang kerap mereka ucapkan seandainya berbicara tentang cinta adalah:
'ala..aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..'
'saya cintakan awak kerana Allah..'
'Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..'
Firman Allah S.W.T:
"Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)
Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naik nya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang. Bagaimana kita bisa menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber'couple' sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.
'macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!'
'kalau minta 'break', nanti dia sanggup tunggu aku ke?'
'
'tak apa kot, kami bukan macam pasangan lain,kami jaga pergaulan walaupun 'couple'
'kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..'
Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya?. Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.
Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100%  tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.
Firman Allah di dalam Surah An-Nur:
"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)
Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi 'realiti kehidupan' ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud ;
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa" (Al-Furqan 25:74")
Ingatlah! percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.

Saturday, July 16, 2011

pemilik cintaku..





nukilan saya kali ini, saya tulis khas untuk kawan saya NURUL SYAHIRAH MAJLAN..maaf kalau salah eja, kawan..hmm,kawan saya ini mintak saya tulis pasal minat..so, cerita hari ini, ada kaitanlah sikit2 dengan bab minat ni..
   erm..saya ada baca satu buku terbitan telaga biru bertajuk, PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL hasil nukilan fatimah syarha nordin.. buku tu memang sesuai untuk remaja, mahupun orang yang berdarah manis..watak utamanya ialah qanaah. seorang gadis yang sangat mementingkan agama dalam kehidupannya. dia ialah seorang gadis yang cantik, sopan, dan lemah lembut..dia menjadi kegilaan ramai lelaki..
    tapi, dengan memang prinsip menjadi seorang muslimah seperti mawar berduri, dia kebal dengan usikan-usikan lelaki di sekelilingnya.. setiap kali ada lelaki yang menghantar mesej kepadanya, dia tak pernah layan..sebaliknya, mesej tersebut dibalas dengan tazkirah-tazkirah yang boleh mengubah persepsi seseorang terhadap cinta..
    banyak juga lamaran yang diterima..tapi, setiap kali dia dilamar dia akan menjawab bahawa dia sudah ada pilihan..sudah ada pilihan bukan bermaksud dia sudah ada 'boyfriend' atau kekasih,tetapi maksud dia sudah ada pilihan ialah dia lebih memilih untuk belajar daripada berkasih dengan lelaki..itu bukan satu penipuan, tapi satu helah agar lelaki tersebut berhenti berharap..
    dia mencari seorang lelaki yang benar-benar menjaga fitrah dalam perhubungan..baginya, lelaki yang menghantar mesej itulah orang petama yang di reject..memang susah nak menawan hati qanaah ni.. dipendekkan cerita, macam mana qannah ni bertemu jodoh, semuanya diuruskan oleh ibu dan bapanya.. semasa, dia bertunang,dia tak tengok lansung wajah bakal suaminya..dan sepanjang tempoh pertunangan dia lansung tak hubungi tunangya.. mesej tak, call pun tak, jumpa apantah lagi..
   hakikatnya,benarlah kata orang couple after nikah lebih terasa nikmatnya.. cuba kita fikir, kalau sebelum kita kahwin, kita dah syok main mesej dengan si dia, dah puas call tiap-tiap hari,agak-agak kalau dah kahwin nanti ada lagi ke cerita yang nak di share?mesti boringkan?
   bila difikirkan balik, boleh ke saya jadi macam watak qanaah ni, tak layan lelaki langsung..walaupun dah ada ikatan pertunangan..memang susah..tapi, kita berusahalah sikit2.. minimakanlah main2 mesej or contact lelaki ni key..
   yang penting, ingat...kalau suka seseorang,pendam jerk.. :)

Saturday, July 9, 2011

keegoanmu..


salam semua..di kesempatan ini ingin aku titipkan kisah rakan ku yang seorang ini..di mata ku, dia seorang yang boleh tahan kacak, tinggi lampai orangnya..slim,,..dari air muka wajahnya, dia kelihatan sdikit tegas..tapi, kalau dah kenal,boleh tahan mesra orangnya..
    pada tahun ini, kami satu kelas..aku duduk di belakangnya..dia memang terkenal dengan sikap tegasnya..tapi, kadang-kadang ketegasannya itu membuatkan orang naik mencirap dengan dia.. pada mulanya kami rapat. dia sering bagi aku gula-gula kalau aku mengantuk semasa guru megajar.kalau aku lapar, nanti dia bagi aku biskut. aku gembira ada kawan seperti macam dia..
   sehinggalah pada suatu hari, dia bergaduh dengan seorang pelajar perempuan di kelasku..hal itu membuatkan, dia anti perempuan..kalau chat dengan aku dekat fb pun.,dia gunakan bahasa yang kasar..example,"mampos ar..". walhal dulu kami seperti adik-beradik..aku sedaya upaya melayannya seperti biasa.walaupun dia menggunakan bahasa yang kasar dengan aku, aku tak pernah melawan atau membetah..sebab, aku terlalu sayangkan persahabatan kami..walaupun kami memang baru kenal tahun ni, tapi aku sendiri pun tak tahu kenapa..aku sedih sangat bila dia bersikap dingin..
   aku tertanya-tanya, apa salah aku pada dia..aku cuba cari keslahan aku..malangnya aku tak jumpa. kalau nak diikutkan, pelajar perempuan lain sering lawan cakap dia..tapi, dia taklah dingin dengan mereka..kalau ada pun, sikit-sikit je la...tapi dengan aku, kalau aku pangil dia, tak pernah nak menoleh..bercakap dengan dia macam cakap dengan tunggul..
   hari itu, dia terjatuhkan barang aku.dia tersepak barang tu, tapi dia tak ambil balik pun barang aku kat atas lantai tu..dia just tengokkan and bla..aku panggil dia,sebab aku geram sangat..tapi dia tak menoleh pun..saat tu, rasa benci tu mula ada dalam diri. betapa aku bersabar melayan karenah dia.. dan ini balasannya..
    baru-baru ni, dia buang aku dari friend list di facebook..huh..sampai hati dia.. apalah salah aku agaknya. aku sentiasa doakan dia mendapat petunjuk..semoga tuhan, lembutkan hati dia..dan semoga egonya reda.. aku rindu persahabatan kami yang dulu..

p/s:dear friend, aku rindu engkau yang dulu..aku tak tahu kenapa engkau jadi macam ni sekarang..sedarlah,   kawan..