Monday, January 31, 2011

sometimes i wANt..bUt..


alt

Sometimes,
I want to open my hijab,
and show the world,
that I too,
am beautiful in the people's definition.
But,
deep down here,
in my little heart,
I know that beauty is by definition,
a mystery.
and it is forever more rewarding,
to be beautiful in God's eyes.
Sometimes,
I want to wear ruffled dresses and tight jeans,
show off what I really look like,
under those baggy shirts and loosely fitted pants,
make a statement,
that I too,
have a figure and worth looking at.
But,
I know better,
to avoid entering the world of men's imagination,
for I love my future husband,
and I am ashamed,
what should be his, has already been unveiled by others.
Sometimes,
I want to show the world,
the other side of me,
the bubblier, bolder, and crazier me.
put myself on display,
for everyone to see,
to be desired, and admired upon.
But,
I know that eyes are not just eyes,
seeing is not just seeing,
image and respect are gained,
shame and humility deserve a better place,
Because in the end,
it is not just about me,
I carry a lot of impressions and expectations,
of what a Muslim girl should be,
I am covered by the word "Islam" the moment I walk out of my door,
So don't be selfish girl,
Can't you put behind your heart's desire for something worth fighting for?
Love is all it takes.
Love.
InshaAllah

y0u br0ke my HeaRT..



saya bukannya patah hati kerana putus cinta, bukan sebab cinta saya kena reject..tapi saya patah hati dengan kawan saya yang seorang ini..

    seperti mana yang saya cakapkan dalam tajuk persahabatan dahulu, dalam persahabatan perlu ada kejujuran.. kalau tiada kejujuran, memang persahabatan itu tidak akan kekal lama. kalau kita tidak puas hati dengan kawan kita, ataupun kawan kita ada membuat kesalahan, apalah salahnya kita berterus-terang dan tegur kesalahan kawan kita itu.

   ini tidak, disimpannya ketidak puas hatian dia tu dalam hati.. tapi asyik ditulis kat wall fb dia tu yang dia dah di tipulah, itulah, inilah..kalau setakat menulis masalah dekat wall fb, tak akan boleh menyelesaikan apa-apa masalah pun..kenapa masalah kita perlu diberitahu kepada orang ramai..? tapi tidak diselesaikan..

    saya kecik hati sangat dengan kawan saya ni..dia tidak puas hati dengan saya. tetapi, dia tidak bagi tahu..sebaliknya, dia canang dekat fb yang dia dah ditipu..memanglah dia tidak menyebut nama saya. tapi saya tahu itu adalah diri saya. kenapalah kawan saya ni tak mahu berbincang dengan saya..menyelesaikan masalah dengan cara yang baik? itukan lebih bagus..

   tak mengapalah, mungkin kawan saya itu memang sudah tidak sayang akan persahabatan kami ini lagi..sebab itu dia lebih senang mencanang masalahnya dengan saya di fb berbanding menyelesaikan masalahnya bersama saya dengan cara baik..

    ape pun yang engkau lakukan kawan, ingatlah aku tetap SAYANG KAU SAMPAI MATI! sebab kita dah pernah berkongsi rahsia yang akak aku sendiri pun tak tahu..

    sekiranya anda senasib dengan saya, kehilangan kawan yang paling baik dan kehilangan kawan untuk berkongsi rahsia,,sama-samalah kita berkongsi masalah kita dengan Allah..kerana,, cinta Allah terhadap hambanya kekal abadi dan lebih bermakna dari cinta seorang sahabat.

u sMIle,,i smILE..



senyum seindah suria,
yang membawa cahya,
senyumlah dari hati,
duniamu berseri,
senyum umpama titian,
dalam kehidupan,
kau tersenyum,
ku tersenyum,
kemesraan menguntum..

senyum,
kepada semua,
senyumanmu,
amatlah beharga,
senyum membahagiakan,
dengan senyuman,
terjalinlah IKATAN....

murahkanlah hati anda untuk melemparkan senyuman kepada orang lain..senyum itukan sedekah..mendapat pahala jika kita senyum kepada seseorang jika dilakukan dengan ikhlas. lagi pula, jika kita membuat muka masam, kita menggunakan 100 otot..tapi, kalau kita senyum kita hanya menggunakan 1 otot sahaja..

   kadang-kadang mencirap juga saya kalau pergi ke pejabat pos..kakak-kakak yang dekat counter tu, tak reti  nak senyum lansung. kita dah senyum sampai ke telinga pon, dye tetap dengan muka masam dia tu..hai,,nak aje saya tegor dia dekat situ jugak..tapi, nanti dianggap kurang ajar la pulak..

    kalau saya ingin mencari sahabat pun, saya akan mencari orang yang happy go lucky, yang sentiasa tersenyum dan boleh membuat saya tersenyum. saya memang tak suka berkawan dengan orang yang sangat sensitif. kuat merajuk, suka 'moody'. penat nak melayan orang yang macam ni..tapi, alhamdulillah kawan-kawan yang saya ada sekarang semuanya ceria-ceria dan gila-gila.. seronok betul bila dapat kawan yang suka gelak-gelak dan buat lawak bersama-sama.

   kebanyakan orang yang ada masalah, emosinya pasti berubah menjadi muram, 'moody' dan menjadi pendiam. sebenarnya, mengubah emosi menjadi moody tak dapat mengubah apa-apa pun apatah lagi untuk menyelesaikan masalah.

    ada yang lagi teruk, kawan kita ada masalah tetapi masalahnya itu dilepaskan dekat kita..tak pasal-pasal nak marah-marah dekat kita.bila kita tanya "kau ada masalah ke?" dia kata, "tak ada apa-apa.." eh, tak nak bagi tahu pula..hmm,,memang malang kalau dapat kawan macam ni.

   so, pesanan saya sebesar mana pun tekanan yang anda dapat, fail kertas periksa biologi pon, senyum je la sentiasa..percayalah, ia sedikit sebanyak akan merawat kedukaan dan tekanan yang sedang kita hadapi.



U SMILE,,I SMILE..!

ceRIta haTY..





Semalam yang telah pergi
Menghilang tanpa jejak
Membawa bersama cereka
Duka dan ketawa

Dan kini ku mencari
Kalau masih ada kesan
Yang terus tersisa di dada
Pantai permainan

Jalanan yang panjang
Bersimpang haluan
Bagai pentas luahan rasa
Tiada sempadan

Pada awan biru ku melakar kata-kata
Pada langit cerah ku panah semua cerita
Dengarlah mentari suara hatiku menyanyi
Bertebangan jiwa merentasi pelangi

Gerimis menitis gugur membasahi bumi
Bagai menangisi sebuah cerita hati
Andai kau fahami semua hikayat pendeta
Seribu tahun kau pasti bisa setia ke alam syurga

Mungkin ada esok
tuk ku ukirkan kalimah
Menjadi arca pembuktian
Pengabdian cinta

I MISS THE MEMORY IN 2010

sopan itu CANTIK!



sopan tiu memang canik..tapi bukan mudah untuk menjadi seorang yang sopan..keadaan sekeliling benar-benar mempengaruhi diri kita..apatah lagi kita yang bersekolah campur dengan kaum Adam..takut benar jika dilabel GEDIK oleh mereka..

   ada antara kita yang cantik bertudung, sopan berbaju kurung..tetapi, cara pertuturannya tidak sedap di pandang..cakap punyelah kuat sampai satu sekolah dengar. mengalahkan orang lelaki..tidak cakap lagi tentang ketawanya pula..memang kecoh jadinya..suara kita ketika bercakap dan ketawa memanglah bukan aurat..tetapi usahlah terlalu kuat hingga membuatkan orang lain kurang senang.

   ada juga antara kita yang jalam mendada..meskipun bertudung litup hingga menutupi dada, gaya jalan harus juga di jaga. cuba anda nilai sendiri cara anda berjalan.. kalau ketika anda berjalan ada sahaja lelaki yang pandang semacam, baiklah anda minta pandangan dari kawan-kawan tentang gaya jalan anda.

   tidak usah contoh yang susah-susah..kawan-kawan saya sendiri juga ada yang melakukan sedemikian..malah, saya sendiri juga selalu bercakap terlalu kuat..jangan malu untuk bertanya dengan kawan sama ada kita ini gedik atau tidak..kalau kawan-kawan kita sendiri kata kita ini gedik,cepat-cepatlah berubah dan perbaiki diri sebelum budak lelaki yang 'sound'. buat malu je nanti..

   ingat, kalau lelaki layan kita, tidak semestinya dia sukakan cara kita..kadang-kadang mereka sengaja ingin mempermainkan perempuan..tak pasal-tak pasal anda di label sebagai ss(syok sendiri)..sentiasalah berwaspada yer...

   kawallah diri sendiri dan amalkanlah sikap sopan..kerana, SOPAN ITU CANTIK!!..

peRsaHAbatAN..



orang yang suka berkata jujur akan mendapat 3 hal :
-kepercayaan
-cinta
-rasa hormat

   pentingnya kejujuran dan keikhlasan dalam hidup...bayangkan jika orang disekeliling kita semuanya seorang pendusta...mampukah kita meneruskan hidup di muka bumi ini.?

    saya adalah salah seorang peenonton setia cerira-cerita korea..antaranya cerita My Girl..cerita tersebut mengisahkan seorang perempuan yang sangat suka menipu..kadangkala penipuan membawa kepada kebaikan..tetapi,apabila rahsia itu telah terbongkar, ia akan emamkan diri sendiri.

    dalam persahabatan pula,kejujuran amat diperlukan..seperti mana yang saya alami sekarang..persahabatan saya kini agak goyah. ini adalah kesalahan saya sendiri kerana tidak bersikap jujur terhadap sahabat saya. pada mulanya,saya tidak jujur padanya kerana untuk mengelakkan perasaan cemburu antara kami..tapi sangkaan saya meleset..ketidak jujuran saya memakan diri saya sendiri.

   sekarang,kami memang masih bercakap, berhubung..tetapi, tidak serapat dahulu...tiada lagi gelak ketawa kami bersama..tiada lagi perkongsian rahsia serta cerita..wahai sahabat, aku sangat merindui persahabatan kita..di mana lagi aku ingin meluahkan masalah aku kalau kau pergi?

   anda ambillah tauladan dari kisah saya ini..hidup ini lebih sunyi tanpa kawan berbanding tanpa cinta..jujurlah terhadap rakan anda kerana rakan yang baik akan tetap memahami kita..

Sunday, January 30, 2011

nOTa ciNTa..




Allah....
Ingin sekali aku menulis nota cinta untuk-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak kutuliskan untuk-Mu,
Bersama embun titisan air mata cinta pada-Mu.
Allah...
Ingin sekali aku mengarang nota cinta buat-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak kukarang buat-Mu,
Bersama bunga perasaan rindu yang menggebu-gebu.
Allah...
Ingin sekali aku mengirim nota cinta pada-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak dikirim pada-Mu,
Bersama wangian kesetiaan yang yakin dan padu.
Allah...
Jika ku tulis, ku karang lalu kirim padaMu,
Masihkah Kau sudi membacanya seperti dulu?
Suatu nota dari seorang aku,
Yang hina lagi jahil malah kaku,
Dalam menanggapi erti cinta sejati dariMu.
Allah...
Jika ku tulis, ku karang lalu kirim pada-Mu,
Sudikah Kau membalasnya buat diriku?
Sebuah nota pada seorang aku,
Yang curang tak bererti lagi buntu,
Dalam menanggapi erti kehambaan pada-Mu.
Allah...
Ingin sekali aku memberikan nota cinta untuk-Mu,
Tapi aku malah jadi tidak tahu,
Mahu bermula dari mana,
Mahu mengakhirkan bagaimana.
Allah...
Apakah masih pantas untuk mulutku yang hina ini,
Menyebut nama-Mu Yang Agung itu,

doA-kU..



I love you,
but i afraid to tell you,
i afraid i'll be die if i said,
i'm not afraid die,
i afraid,
if i'm died,
nobody can love you like me..

Ya-Allah, aku telah mencintai seorang insan bernama lelaki. aku tidak patut menyukainya. kerana dialah aku telah menyakiti insan-insan yang cuba mengetuk pintu hatiku. kerana dia juga, aku tidak berupaya menyukai makhluk Adam yang lain. tetapi aku tahu mungkin bukan aku di hatinya.

   Ya-Allah, padamkanlah cintaku padanya dan gantikanlah dengan cinta-Mu Ya-Allah.jauhkanlah hatiku dari merindui dia dan gantikanlah dengan rinduku pada-Mu. Ya-Allah berikanlah aku kekuatan untuk menghadapi dugaan ini.

   Ya-Allah,maafkanlah aku andai aku membiarkan kasihku padanya melibihi kasih ku pada-Mu. sungguh, aku mencintai dia tapi pada waktu yang sama aku perlu menguatkan lagi cintaku pada-Mu. Ya Allah,berilah hambamu ini petunjuk ke jalan yang benar...

AL-HUBBU MINAL FITRATIL INSAN,,

i nEed SomeBodY to lOVe..




Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.
Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?
Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.
Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.
Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.
Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.
Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.
Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.
Tetapi lelaki yang baik, jika tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok-belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita sebagai wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.
Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.
Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.
Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.
Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua. Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.
Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.
Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa. Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.
Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.
Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.
Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.
Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.
Dan kerana tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.
Tetapi kerana ciptaan tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.
Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.
Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.
Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik. InsyaAllah.

auRAtku hanya UNtuk si-DIA..



semua p0wn dh tau,,aurat perempuan adalah seluruh anggota badan kecuali tapak tangan dan muka..tapy, cube anda perhatikan orang d'sekeliling anda..brape je lah, antara kita yang btol2 menepati tuntutan agama..

   memang la bertudung,,tapi atas dada...tujuan kite mmakai tudung, selain untuk menutup rambut ialah untuk menutup dada..bukan semestinya, perlu bertudung labuh..tudung bawal pun tiada salahnya..asalkan menutup dada..begitu juga dengan tudung sarung atau tudung arini..

    tentang tudung bawal,,..ramai di antara kita tidak perasan..sebenarnyer tudung bawal itu jarang..kadang-kadang kalau kite pakai, sampai nampak tengkuk dan rambut..sama sahaja macam kita tak pakai tudung..oleh itu, saya syorkan kalau anda semua pkai la inner di bahagian dalam..memangla bunyi nyer macam pelik..tapy, x susah mane pown..just beli jer tudung syiria...haa.. pakai la di bahagian dalam..

   baju pula..x gune kalau anda pakai tudung tetapi memakai baju megikut bentuk...hingga menaikkan nafsu shahwat lelaki yang melihat.. sama sahaja seperti orang yang bertelanjang..
  
    di sini ade nasehat untuk para insan yang bergelar gadis di luar sana...kalau d'zaman remaja kita ataupun sewaktu kita maseh bergelar anak dara kita telah menunjukkan aurat kite kepada orang lain,,ape yang akan suami kite dapat nnty??tiada gunenyer jika si suami sudah mengetahui panjang mane rambut kita,,putih mane kaki kita,,panjang mane leher kita..tiada gunenyer lagy...jadikanlah diri kita seperti gadis yang berada di dalam balang..yang sukar untuk d'sentuh oleh mane2 pown llaki...



     peganglah kate2 hikmah ini : AURAT KITE HANYE UNTUK SUAMI KITA...

auRAtku hanya UNtuk si-DIA..



semua p0wn dh tau,,aurat perempuan adalah seluruh anggota badan kecuali tapak tangan dan muka..tapy, cube anda perhatikan orang d'sekeliling anda..brape je lah, antara kita yang btol2 menepati tuntutan agama..

   memang la bertudung,,tapi atas dada...tujuan kite mmakai tudung, selain untuk menutup rambut ialah untuk menutup dada..bukan semestinya, perlu bertudung labuh..tudung bawal pun tiada salahnya..asalkan menutup dada..begitu juga dengan tudung sarung atau tudung arini..

    tentang tudung bawal,,..ramai di antara kita tidak perasan..sebenarnyer tudung bawal itu jarang..kadang-kadang kalau kite pakai, sampai nampak tengkuk dan rambut..sama sahaja macam kita tak pakai tudung..oleh itu, saya syorkan kalau anda semua pkai la inner di bahagian dalam..memangla bunyi nyer macam pelik..tapy, x susah mane pown..just beli jer tudung syiria...haa.. pakai la di bahagian dalam..

   baju pula..x gune kalau anda pakai tudung tetapi memakai baju megikut bentuk...hingga menaikkan nafsu shahwat lelaki yang melihat.. sama sahaja seperti orang yang bertelanjang..
  
    di sini ade nasehat untuk para insan yang bergelar gadis di luar sana...kalau d'zaman remaja kita ataupun sewaktu kita maseh bergelar anak dara kita telah menunjukkan aurat kite kepada orang lain,,ape yang akan suami kite dapat nnty??tiada gunenyer jika si suami sudah mengetahui panjang mane rambut kita,,putih mane kaki kita,,panjang mane leher kita..tiada gunenyer lagy...jadikanlah diri kita seperti gadis yang berada di dalam balang..yang sukar untuk d'sentuh oleh mane2 pown llaki...



     peganglah kate2 hikmah ini : AURAT KITE HANYE UNTUK SUAMI KITA...

al-Hubbu minal FITRAtiL inSAN



anda semua paham x maksod taj0k tu??mgkin sstengah dr anda x phm..al hubbu minal fitratil insan bermaksod MENYINTAI ITU FITRAH SETIAP MANUSIA...ape ntah lagy bg remaja seperti sye..tidak hairan lah sekiranye ade d'antare remaja skrg ade yg mengalami cinta monyet atau pun menjadi secret admire kepada ss0rang..

   satu sahaje pesan saye,,kte sbnarnyer TIDAK PERLU lah ber c0uple...couple itu tidak mmberi kan ape2 manfaat pon pd remaja sperty kita.. malah,,couple x menjamin ape2 p0wn untuk mse depan kte..lebih baek kalau kite pendam sahaja perasaan itu...sstengah kawan sye mngatakan kalau kite pendam perasaan cinta itu, Tuhan akan mmbina kan kite satu mhligai d'syurge untuk kita dan si dia.. wallahualam,,kebenarannyer hanye tuhan sje yg tahu..

   ingin sye ceritakan pengalaman saye,,d'zaman skolah rendah...sye ny boleh d'katekan plajar yg nget0p jgk la d'skolah...slalu trime surat cinta...ramai bt0l yg ajak sye c0uple.. sye plk slalu sgt trpengar0h dgn mereka..mse sye drjah enam,,sye asyek c0upe je kerja nyer...nseb baek upsr dpt 5A..alhamdulillah..
  
   sye mendapat tawaran ke smka maahad muar pd tgkatan 1,,..d'situlah sye mndapat sinar islam yg bru..skolah maahad bnyak mmberikan didikan rohani kpd saye..brulah sye tahu,,bhawe berc0uple itu haram di sisi islam...sye juge kini brpegang dgn kate2 hikmah : NO COUPLE BEFORE NIKAH..
sye tak mahu lagy mngulangi kebodohan yg sye telah lakukan d'skolah rendah dahulu..

    pnjatkan lah doa agar d'jodohkan dgn insan yg kte minati itu.. insyaallah,, Tuhan akan makbulkan.. sye juge s'org remaja biasa yg ade perasaan cinta sperti org laen...tp,, ape yg saye lakukan hnye lah b'doa agar d'pertemukan dgn si dia..

    bg remaja d'luar sane..jgn lah rase bersalah apabile anda jatuh haty.. kerana itu adelah fitrah kite sbagai s'orang manusia.. tp ingat,,pendam sahaje d'dalam haty...dan panjatkanlah doa sentiasa...

Saturday, January 29, 2011

cintailah yang Maha-Menyintai


Seorang gadis tinggal di sebuah pekan kecil. Zaman kehidupannya bukanlah di saat Islam sedang memuncak naik menjadi Daulah Islamiyah. Tetapi dia yakin, Daulah Islamiyah itu kelak pasti akan tercapai. Dia gemar membaca sirah tentang tokoh-tokoh sahabiah yang agung nama mereka; dulu, kini dan selamanya.
Zaman kehidupannya penuh dengan jahiliyyah yang menguasai setiap ruang lingkup atmosfera. Alhamdulillah, katanya. Alhamdulillah katanya, kerana Allah SWT masih mahu menyinari hidup dan dirinya dengan sedikit cahaya Islam. Dengan cahaya itu dia menilai baik dan buruk. Sudah tentu, ianya bukanlah mudah.
Rabiatul Adawiyah sumber inspirasinya. Wanita suci yang mengabdikan diri sehari-hari untuk beribadat kepada Allah. Seorang gadis yang sangat menjadikan Rabiatul Adawiyah sebagai idolanya, kadang-kadang dia tersilap langkah juga. Bukan senang mahu menjadi seperti Rabiatul Adawiyah, tambahan pula dengan kehidupan dunia kini. Tak mengapalah wahai Si Gadis, menjadi seorang yang perfect seperti Rabiatul Adawiyah, kamu mungkin tak mampu, paling tidak, kamu berusaha bersungguh-sungguh mencontohi beliau. Seorang yang sangat menjaga maruah diri sehinggakan kehidupan dunia bukanlah yang diingini.adis ini suka akan doa Rabiatul Adawiyah yang ini.

"Ya Allah, sekiranya aku menyembah-Mu kerana takut kepada neraka, bakarlah aku di dalam neraka. Sekiranya aku menyembah-Mu kerana mengharapkan syurga, campakkanlah aku dari syurga. Namun sekiranya aku menyembah-Mu semata-mata demi-Mu, janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajah-Mu yang abadi kepadaku."
Dia hanyalah seorang gadis biasa. Suatu hari yang penuh berkat, muncul satu kunjungan untuk keluarga Si Gadis. Kunjungan luar biasa yang pastinya membincangkan isu masa depan Si Gadis dan Sang Teruna. Perbincangan yang pastinya menuju kepada sebuah pelayaran bahtera Baitul Muslim. Itu lah agendanya.
Dia terfikir, bagaimana mahu jadi seperti Rabiatul Adawiyah kalau begini keadaannya? Namun, menolak kepada sebuah perkahwinan bukanlah apa yang Si Gadis merasakan suatu yang betul.Paling tidak, dia mahu menjadi seperti wanita yang menarik kuda Fatimah (anak Rasulullah SAW) untuk memasuki syurga. Wanita itulah yang pertama memasuki syurga! Sungguh hebat pengabdian wanita tersebut kepada keluarganya terutamanya kepada suami nya. Hebat-hebat kisah sahabiah yang ada! Si Gadis sungguh terinspirasi! Kerana sesungguhnya menjadi tujuan setiap manusia untuk menuju ke syurga-Nya yang abadi.
Kata-kata Zainab Al-Ghazali, "...Hidup ini terlalu singkat untuk menjadi orang biasa...". Perlu jadi yang luar biasa untuk mendapat tempat yang luar biasa di akhirat kelak!
Si Gadis pernah terbaca tentang satu hadis.
"Bila telah datang (untuk melamar) kepada kalian seorang lelaki yang kalian redhai agama dan perangainya (akhlaknya), maka nikahkanlah dia, bila kalian tidak melakukannya, nescaya akan terjadi fitnah di bumi dan kerosakan yang bermaharajalela." (Riwayat At Tirmizy, Sa'id bin Mansur, At Thabrani, Al Baihaqi dan dihasankan oleh Al Albani)"
Masakan perlu ditolak kerana kejayaan mendirikan sebuah Daulah Islamiyah juga berasaskan dengan tertubuhnya sebuah Baitul Muslim. Baitul Muslim tidak akan berjaya tanpa adanya 2 individu yang benar-benar ingin menerapkan Islam ke dalam diri mereka, sekaligus berusaha untuk mengembangbiakkan Islam dalam masyarakat. Menolak lamaran daripada insyaAllah, seorang yang soleh bukanlah apa yang Si Gadis mahukan.Pertemuan 2 buah keluarga sedikit sebanyak telah melegakan Si Gadis. Kerana dia tidak mahu berkawan dengan lelaki yang sebarangan. Berkawan yang tidak tentu hala yang akhirnya tak tahu apa tujuannya.
Namun dia sedar pertemuan ini, kalaulah pun mendapat 'restu' untuk berkawan daripada ibu bapa kedua-dua belah pihak, bukanlah satu tiket untuk mereka berhubung tanpa ada tujuan yang membenarkan.
Perjalanan masih jauh. Pesan seorang pakcik, perlu sangat berhati-hati dan berdoa.
Tiada apa yang Si Gadis sepertinya dapat berharap, hanya agar Allah SWT memudahkan setiap cabang perjalanan hidupnya.
Apa-apa pun, saya suka mendengar Si Gadis bercerita. Katanya, dia bercerita untuk berkongsi agar ada bahagian daripada ceritanya boleh dijadikan teladan.alt

the first is the most memoriable!!

wau!!!dh ade blog skrg...alhamdulillah...insyaallah akan d'penuhi dgn tazkirah-tazkirah yg brgune untuk mase hadapan...sm0ge,,sdikit sbnyk dpt mndidik rohani mnjadi muslimah terbilang...