Tuesday, December 6, 2011

kata cinta??..





assalamualaikum,,aniyongsayo!!!gempak tak tajuk nye?ni cuma peringatan buat semua yang bergelar Islam dan remaja..biasalah,,dah namanya pun remaja kan? masa ni lah kita sebok belajar,,and dalam masa yang sama masa ni jugak lah kebanyakan daripada kita,,bercouple,,jadi admiere (hentam ejaan) seseorang..standard la tu kan..semua orang ingin menyayangi dan disayangi..

sekiranya cinta jauhi zina
   kata cinta..tapi,,kau bawa orang yang kau cinta tu masuk neraka..pehal?orang yang memandang lawan sejenisnya beberapa saat pada pertama kali, diberi kelonggaran oleh islam. namun, sekiranya dengan pancaindera penglihatan itu dia memandang lawan sejenisnya dengan nafsu syahwat yang menggebu, itulah yang disebut sebagai zina penglihatan..akak dorm aku pernah kata,,pandang sekali, rezki.. pandang kali kedua dah dosa,,kot..

   next,,zina hidung..jangan ingat hidung tak boleh berzina taw!!tapi,,zina hidung ni most pada lelaki lah.. berlakunya,,bila lelaki bau harum perfume wanita.. and akhirnya,,dia teransang..itulah zina hidung..

   kalau orang yang berlawanan jenis bersentuhan kerana darurat seperti berhimpit-himpit dalam pengangkutan awam atau ketika melakukan ibadah haji ataupun dalam keadaan memberikan pertolongan kepada orang lain adalah tidak berdosa.. tapi,,kalau sengaja..izhar halki la kan..terang2 salah dari segi agama..

   zina fikiran atau zina hati pula contohnya,,membayangkan kecantikan tubuh lawan sejenisnya sehingga membangkitkan nafsu syahwat..demikianlah zina,,perkara yang dapat merosakkan hidup melalui pelbagai ragam dan pintu kemaksiatan..sekiranya dilanggar,,neraka jahim menjadi balasan..

Allah berkata:
   "janganlah kamu mendekati zina. sesungguhnya zina itu perbuatan keji dan jalan yang buruk.."




cinta tanpa noda..



Tak mampu kudustai rasa ini,
Cukuplah dengan pertautan hati,
Belum masanya berhubung saban hari,
Awasi hati dan anggota, takutkan Ilahi.

Aduh!
Beratnya menggalas perasaan cinta,
Tatkala pacaran menjadi budaya,
Mujurlah wahyu menunjuk cara,
Jangan diikut sebahagian besar manusia. (Al-An’am: 116).

Cintaku bukan cinta murahan,
Jati diri benteng pertahanan,
Cabaran komunikasi  kutundukkan,
Mengawal hati formula kekuatan.

Kuberazam pada diri,
Kuingin mahligai kasihku berdiri,
Tanpa kenangan cinta yang dicemari,
Tanpa noda kemurkaan Ilahi.

Kuingin hadiahkan cinta suci,
Buat insan bernama suami,
Dengan Allah sebagai juri,
Bukan nilaian nafsu sendiri.

FATIMAH SYARHA MOHD NOORDIN

Monday, December 5, 2011

my destiny..





Song Lyrics 
What if I never knew 
What if I never found you
I'd never had this feeling 
In my heart

How did this come to be
I don't know how you found me
But from the moment I saw you
Deep inside my heart 
I knew

Baby, you're my destiny
You and I were meant to be
With all my heart and soul
I give my love to have and hold
And as far as I can see 
You were always meant to be 
My destiny

I wanted someone like you
Someone that I could hold onto
And give my love 
Until the end of time

But forever was just toward
Something I'd only heard about 
But now you're always there for me 
When you say forever 
I'll believe

Baby, you're my destiny
You and I were meant to be
With all my heart and soul
I give my love to have and hold
And as far as I can see 
You were always meant to be 
My destiny

Maybe all we need
Is just a little faith.
Cause baby, i believe
That love will find a way.
hey..

Oh baby, you're my destiny
You and I were meant to be
With all my heart and soul 
I give my love to have and hold
And as far as I can see
From now till eternity
You were always meant to be 
My destiny 





Sunday, December 4, 2011

aku ingin kembali..




assalammualaikum..
aniyongsayo!!!di waktu petang begini memang rasa nak menghadap komputer jer,,tak mahu ganjak sedikit pun ke tempat lain..biasalah,,cuti sekolahkan??bila masa sekolah tak sabar nak balik rumah,,maklumlah tinggal asrama..tapi bila dah habis sekolah,,mulalah rasa rindu kawan-kawan,,ahli dorm,,cikgu-cikgu..nasib baik ada laman-laman sosial,,macam facebook,,twitter,,tempat untuk melepas rindu.. boleh komen-komen and chat tanpa bayaran..

    cakap tentang laman sosial,,baru-baru ni saya baru sign up twitter..namanya,,elib2uty..sapa-sapa yang ada,,khabar-khabar la ya..boleh saya jadi follower anda.. rasa seronok dapat baca tweet orang..macam-macam ragam..ada yang mengarut,,merepek..tapi, tak kirang juga yang menulis kata-kata motivasi dan tazkirah..saya sendiri pun kadang-kadang merepek juga kalau tweet-tweet tu..entah apa-apa je..apa yang terlintas dekat kepala otak,,itulah yang saya tulis..

    daripada tweeter ni jugak,,saya jumpa balik dengan seorang kawan saya yang dah pindah tahun lepas..daripada muar,,terbang nun jauh ke kedah sana..rindu..namun,, tudung labuh yang dia hadiahkan pada saya itulah yang saya jadikan barang kenang-kenangan..

    saya pun tengok-tengoklah twitter artis-artis malaysia ni,,sesetengahnya standard la kan..dengan gambar tak pakai tudung and baju yang tak berapa nak cukup kainnya..namanya pun umat akhir zaman,,dah takut Allah agaknya..

    namun begitu, saya terpaut pada dua profil artis ni,,Wardina dan Irma Hasmie.. mereka berdua ni bertudung..wardina,,memang dari awal lagi bertudung..saya ingat juga dia pernah berlakon cerita mat dispetch dengan ahmad idham tak silap saya..suka tengok dia berlakon,,lembut dan ayu gitu.. and sekarang selalu nampak dia dekat mhi lah.. every morning.. irma hasmie pula, dulu tak bertudung,,tapi syukur alhamdulillah.. sekarang dia sudah berubah dengan memakai hijjab..irma hasmie yang sekarang jauh lebih cantik daripada yang dahulu..ingat tak, dulu dia pernah berpasangan dengan nabil raja lawak??siap pegang-pegang lagi..tapi,,dengan hidayah Allah,,dia sudah berubah jauh lebih baik sekarang..

     mengapa saya tertarik,,sebab apa yang mereka tweetkan bukanlah benda-benda yag merepek..sebaliknya, berupa tazkirah dan kata-kata motivasi yang boleh kita guna pakai dalam kehidupan seharian.. wardina ada tweetkan tentang fadilat berpuasa pada 9 dan 10 muharram..  irma hasmie pula tidak pernah mengecewakan peminatnya dengan membalas twitter mereka dengan kata-kata yang sopan..

   bagusnya jika semua artis Malaysia begini..sedap mata memandang dan berbakat..bila difikirkan balik,,kenapalah saya tak boleh jadi seperti mereka??apa yang say tweetkan mesti melalut dan kebanyakannya tentang kpop..kadang-kadang saya sendiri pun terlalu obses dengan kpop..padahal rakan-rakan dah ramai yang menegur.. tapi,,entahlah..

   
   apa yang penting saya nak berubah..saya tak nak lagi tweet yang bukan-bukan..biarlah berkisar tentang agama kita yang suci,,ISLAM..


Saturday, December 3, 2011

hei!! i'm miss simple!!




aniyongsayo!!hehe,,assalammualaikum..rasanya dah lama sangat tak update blog ni..haha.. alah,kalau update pun rasanya tak ada siapa yang nak tengok.. tapi, mata sendiri pun nak tengok nukilan sendiri jugak..tengok orang lain punya blog,,peh!!..vouge!! siap bergerak-gerak lagi..glinter,gambar kiri kanan, nama terpampang punyalah besar.. macam mana nak buat ya?tapi tak apalah,,asalkan mata sedap mata memandang..lagu pun sekarang dah baru,,hehe..jiwang tak? level jiwang tu ada increase sikitlah.. sejak bila ya? erm,,rasanya sejak melayan drama korea,,maybe..boys over flower dan yang terkini city hunter..kedua-sua cerita dibintangi oleh lee min ho..antara pelakon yang paling aku kagumi..

    tajuk hari ni,,miss simple..well, aku perempuankan?so,,misslah.. tapi, tak ada kaitan dengan super junior ya..rasanya, sekarang ni mesti ramai elf sedang menonton concert super junior di ibu negara..mereka di malaysia hari ini..

   baru-baru ni sebenarnya saya sedang melayan satu buku motivasi bertajuk 'bibir merayu hati bernafsu'..haha.. vouge tak tajuknya..tapi, sebenarnya buku ni islamik..ada hadis, dan firman Allah.. beberapa persoalan aku tentang cinta terjawab sejak aku baca buku ni..

   example,,apa beza cinta yang palsu dan cinta yang suci.. lafaz mamat yang kaki perempuan.. and macam-macam lagilah.. dan sekarang baru saya sedar..untuk mendapat cinta yang suci dan pasangan yang benar-benar baik memang susah nak cari sekarang..calon pasangan seperti yang dikatakan Rasullullah:

   1. beragama
   2. ada rupa
   3. berketurunan yang baik
   4. berharta

   saya sendiri pun tak pasti sama ada saya mampu untuk menjadi seperti ciri-ciri yang di atas.. apatahlagi untuk menjadi sebaik saidatina Khadijah mahupun saidatina Aisyah.. moga-moga..

   selain itu, banyak juga kata-kata hikmat yang saya dapat.. dalam buku ini ada tertulis,,"kalau anda melihat rakan-rakan anda masing-masing mempunyai pasangan dan kelihatan sangat romantis,, sedang anda pula langsung tidak pernah terjebak dengan gejala 'couple' itu,,anda tidak perlu cemburu.. sebaliknya,, berbanggalah dengan diri anda kerana anda sebenarnya telah berjaya menjaga martabat diri dan kesucian diri anda..biarlah hanya pasangan anda yamg telah dihijab kabulkan dengan anda yang dapat merasa indahnya apabila bercinta dengan anda.."

   honestly,,rasa cemburu aku dengan kawan-kawan aku selama ni,, terus lenyap.. terasa aku beruntung sangat-sangat sebab terlepas daripada gejala tu.. and daripada pendapat aku sendiri,, mereka yang bercouple masa 'belajar' ni,, memanglah happy masa tengah happy-happy tu,,tapi bila dah clash,,menangis mengalahkan  orang yang kena jatuh talak..

   so,,rasanya sampai sini dahulu ya..wassalam..

couple??hmm,,kalau berani cubalah..
ela &shafiq
just cousin,,nothing la..


Sunday, October 23, 2011

HOPE..

not about love
always beleive that hope
exist everywhere
never give up
and the most important is
never hate yourself
although you had made a big mistake
confident that you can improve it..
never forget Allah
never forget our prophet, Rasullullah
never forget omma and appa
iagine their smiling faces
and you'll find the peace
insyaallah..

Saturday, October 1, 2011

jangan sesekali, adam..


Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.
Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.
Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.
Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.
Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.
Jangan  sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.
Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.
Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.
Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...
Namun..
Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...

Friday, September 30, 2011

obsesi cinta mu zulaikha






Zulaikha, Aku lelaki Yahudi. Yahudi ortodoks kelahiran tebing Gaza. Daerah yang tidak pernah berhenti mengalirkan darah dan korban kematian. Cita-cita kami adalah kota al-Quds yang tersergam Masjid al-Aqsa yang menjadi tempat suci agama mu. Kata mu, di situ terpahat sejarah penting yang tidak pernah kau lupakan setiap kali mengingati kalendar Rejab – Rasul mu berangkat ke lapis langit ketujuh Sidratul Muntaha menemuiTuhan dalam peristiwa Israk dan Mikraj.

Engkau bercerita tentang ketakjuban al-Quran yang terkandung enam ribu enam ratus enam puluh ayat yang kata muajaran yang sesuai mengikut zaman tatkala aku tidak berhenti-henti melampiaskan teori zionis pujaan ku yang mimpikan dunia di bawah satu telapak tangan ajaran Yahweh yang berkiblatkan Jerussalam, kota suci agama ku yang suatu hari nanti bakal berstatus pusat pentadbiran sedunia.


Engkau ketawa terkekeh-kekeh di balik jilbab tatkala ku bentangkan piagam zionis yang terkandung di dalam doktrin Machiavellianisme. Jelas ku, dunia telah mula menerima konsep menghalalkan carademi menggapai satu revolusi menjarah keadilan dan hak asasi yang diperjuangkan segelintir manusia moralis. Lihat sahaja bagaimana mudahnya si penguasa polisdunia itu menggunakan alasan untuk menggondam Saddam dan Iraq hingga terbujurranap kota tamadun awal Babylon hanya kerana dakwaan uranium dan senjata nuklear WMD yang akhirnya tidak pernah ditemui. Tataplah konflik Dartur yang kononnya dicemari keserakahan pemuda-pemuda berkuda Islam yang menjarah wanitadan anak-anak gadis demi memuaskan gelojak nafsu yang tidak lagi terbendung.Sedang nun di sepanjang pesisiran Laut Arab jauh di selatan terhimpun khazanah emas hitam yang sedang diintai untuk dilahap sang politikus dari Rumah Putih.Hey, mereka juga di bawah taklukan kami. Serigala putih yang angkuh dan garang itu telah kami peralatkan demi memenuhi haloba kami menguasai ekonomi dunia sejagat. Engkau tahu Zulaikha, kamilah yang mengutuskan amalan berhutang dankonsep riba sebagai dasar permainan ekonomi ke seluruh pelosok dunia demi mengukuhkan lagi cengkaman kami di atas nilai mata wang bagi membina empayar zionis yang teragung. Malah, kau pasti terkejut kala ku nyatakan tanah airkerdil mu nun jauh di kepulauan Nusantara juga tidak terlepas daripda cengkaman kami. Kami zionis penakluk dunia alaf baru.


Wajah manis Muslimah Melayu itu cukuptenang setiap kali ku bentangkan piagam rejim zionis. Yahudi ortodoks yangsuatu hari bakal menjadikan bangsa-bangsa lain sebagai hamba abdi. Zulaikha siperawan intelektual berdarah campuran Arab Melayu itu melampiaskan senyum tatkala mata nakal ku menatap alis lentik dan bibir basahnya yang tidak berlipstik. Ada keharuman Alhambra yang tida-tida mencuit gelora nafsu ku yang terhidu aroma di sebalik jubah labuh yang membaluti tubuh kecilnya. Pertama kali bertemu engkau awal-awal lagi telah meminta ku menghormati batas-batasajaran mu yang menekankan prinsip pergaulan bertatasusila dan tertib.
"Kesopanan dan merendah hati itu ajarankami. Panduannya sirah Rasulullah yang sepanjang hayatnya tidak mengenal suteradan mahligai".
Aku hampir mengilai kuat kala kau rentaplengan kematuku yang cuba menyentuh jari jemari halusmu. Engkau pantasmenuduhku Yahudi gila yang ingin mengambil kesempatan daripada kelemahanmanusia sejenismu. Lantas, kau bandingkan diriku dengan seorang demi seorangpemimpin negara zionisku yang tidak berperikemanusiaan. Yatzak Rabin, SimonPerez, Benyamin Netanyahu hinggalah Si Ariel Sharon yang katamu datang disebalik pembunuhan ribuan pelarian di khemah Shabra dan Shatilla.
Anehnya, kau tergelak halus tatkala membayangi bagaimana seorang pembunuh paling kejam dan zalim itu dinobatkan untuk merangkul anugerah tokoh nobel keamanan dunia. Sungguh melucukan, katamu.

Hey, si gadis yang belum mengerti apa-apa tentang percaturan dunia. Telah kukatakan berkali-kali, kami zionisyang bakal menjarah dunia dengan kuku-kuku beruncing licik dan penuh helah.Bukankah kezaliman dan kebiadapan itu sebahagian daripada misi opportunis untuk menguasai dunia. Bangsa-bangsa lain mesti di bawah cengkaman kami. Kami mestiteruskan visi yang terkandung di dalam fasa 3 piagam Bani Israel yangtermenterai lebih seratus tahun silam yang merumuskan zionis mesti mengepalai dunia walau dengan apa cara sekalipun. Dan hakikatnya, perjanjian Balfour danperjanjian Oslo membuktikan impian kami bukan retorik semata tetapi realitiyang berpijak di bumi nyata.

Engkau patut tahu Zulaikha bahawa tragedi Shabra dan Shatilla pada 21 September itu hanyalah cebisan kecil kezaliman dan keganasan kami. Jika kau selongkar fail rahsia agen Mossad kami,akan kau temui platun-platun Palmach, Haganah, Stern, Lehi dan Irgun yang jauh lebih licik dan ganas demi mendaulatkan zionis sebagai pemangsa.

Buktinya,ratusan pemuda-pemuda Hamas yang menggerakkan intifada hilang tanpa dapatdikesan. Kami memiliki penjara yang jauh lebih menggerunkan daripada penjara Guantanamo Bay di Cuba yang menggemparkan dunia itu. Jangan sesekali kauterkejut andai di situ kau temui hakikat kuncu-kuncu kami bertopengkan seribu wajah telah bertaburan ke pelusuk dan daerah dunia. Barangakali engkau akanterkulai kaku tatkala ku khabarkan tragedi Ground Zero, 11 September yang menerjah wajah gagah World Trade Center di New York sebenarnya angkara agenkami. Dan siri-siri ledakan dan letupan bom di seluruh dunia juga tidakterlepas daripada muslihat zionis. Demi mengaburi mata dunia, kami tempelkan wajah-wajah Islam dan umatnya terus-terusan dikutuk masyrakat antarabangsasebagai fundamentalis dan terrorist.

Engkau tahu apa vision kami? Islam tidakakan bangkit lagi mencipta tamadun seperti mana yang tercipta di negara Madinahal-Munawarah dan Andalusia ratusan tahun silam. Kami membiarkan mereka di alam khayalan mengimbas kegemilangan zaman Islam mu yang terus terusan menjadi mangsa terjahan dan penindasan sepanjang zaman.

Zulaikha, misi kami setiap detik untuk menjulang doktrin zionis di pucuk dunia sentiasa berubah-ubah. Kami tidak akan selamnya menggunakan peluru kekerasan untuk menentang Intifadah yang bangkit.Makin banyak darah pemuda-pemuda Palestin yang tumpah ke bumi rupa-rupanya tidak pernah mengendurkan semangat mereka. Walau secanggih manapun peluru yang tersepai di kepala dan dada san Intifada, makin membara keislaman mereka untuk mati syahid. Itulah ketakutan dan kebimbangan yang bakal menghalang cita-citakami menjajah dunia. Kami tidak mempunyai keberanian itu.

Tentu engkau tidak lupa tragedi Rishun Letzion pinggir Tel Aviv yang membunuh puluhan rakyat Israel dalam serang hendap awal pagi di sebuah disko. Tatkala kami siasat bagi mengesahkan status dalang penyerang berani mati, seluruh kami tersentak saat menemui mayat serikandi Palestine yang baru mencecah empat belas tahun terbujur bersama darah pekat memenuhi tubuhnya yang dijeruti bongkah-bongkah bom yang berkecai hangus.Yang kami bayangkan bagaimana harus kami hadapi kewujudan ribuan lagi anak muda sementah itu yang bersedia menjadi perisai menghalang penjajahan kami di bumi mereka dan di seluruh pelusuk dunia. Mereka diasuh dengan kecekalan hati,kekuatan iman dan takwa yang dibajai bertahun-tahun. Mereka tidak lagi mimpi kankeseronokan dunia kerana cita-cita mereka adalah mati bergelar syahid atau syahidah. Sejak berpuluh-puluh tahun usaha kami melumpuhkan pergerakan jihad sentiasa menemui jalan buntu. Kau tahu Zulaikha, raifal automatik, peluru berpandu dan kereta kebal rupanya tidak mengerunkan mereka. Di dalam hatimereka hanya ada iman dan Tuhan. Lalu mati di medan tempur menjadi nikmat agung yang dicita-citakan.

Zulaikha, gadis Nusantara yang bermastautin lebih dua bulan di tebing Gaza sebagai bulan Sabit Merah Sedunia terlopong menunggu jawapan dari mulut ku, zionis ortodoks berfahaman ekstremisini menghulurkan jawapan.
Media!, Ya, media massa. Alat propaganda paling canggih yang mampu menipiskan iman dan ketakwaan anak-anak bangsa musupaya lemas di dalam gelodak hawa nafsu. Kami eksport segala filem-filem yang mengkhayalkan perasaan. Kami utus cerita-cerita yang mengagungkan dunia Barat kepada generasi timur. Kami hijrahkan adengan-adengan pornografi melalui karya cetak dan elekronik demi membuaikan jiwa mereka agar melupakan matlamat hidup yang sebenar.

Dan kalau kau ceritakan tentang kebimbangan mu terhadap generasi baru yang gemar melanggani laman web lucah hingga menjadi isu besar di negara mu, aku ketawa geli hati mengenangkan misiutama kami telah mencapai sasarannya. Anak-anak bangsa mu perlu disuburkan dengan segala macam hiburan dan pesta keseronokan yang terus-terusan melekakanminda. Dan usaha kami mula memberi petanda awal kejayaan visi zionis ini.Tatkala ribuan petunjuk perasaan mengganas di Kubul dan Jalalabad saat tersebar perlakuan keji tentera-tentera Amerika melumuri kitab suci Al-Quran dengan najis manusia di kem Guantanamo, Cuba, anak-anak  muda mu tidak landsung mempedulikannya. Merekatelah dimabukkan dengan keasyikan irama lagu dan lenggok muzik yang kamisebarkan. Mereka dilemaskan dengan sarat evolusi khayalan yang dilimpahi virus dadah, seks bebas, memuja hedonisme dan segala macam krisis sosial yang kiantenat. Dan aku merasa bangga menatap fesyen-fesyen dan bentuk pakaian yang membaluti tubuh anak-anak muda mu yang sudah berubah mengikut acuan zaman kontemporari yang berkiblatkan Barat.

Hey, kau tahu Barat itu sebenarnya didalangi zionis. Ya , kami si zionis tidak akan jemu-jemu mengirimkan segala bentuk fesyen pakaian yang mendedahkan sebahagian tubuh anak-anak gadis mu agar lebih liberalisme. Malah kami perkenalkan slogan globalisasi dan dunia tanpa sempadan demi mengikis perasaan tradisi yang masih lagi menebal di kalangan umat mu. Tatkala mata ku sempat menatap ribuan anak muda di Kuala Lumpur yang asyik meraikan kedatangan seorang selebriti dari luar negara di sebuah channel antarabangsa senyum ku melebar memerhati kegilaan anak-anak muda mu berpakaian mendedahkan tubuh tanpa segan silu.

Zulaikha, semalam aku terbaca di laman internet tentang kadar jenayah yang terus meningkat hari demi hari di tanah airumat Islam. Di negara mu, pembunuhan kejam bagaikan menjadi budaya baru dengan jenayah rogl, khalwat, sumbang mahram dan pergaulan bebas yang bagaikan tiada nokhtahnya. Engkau tahu Zulaikha, apakah punca sebenarnya telah meracuni mindaanak-anak generasi mu. Ingatkah lagi pesan Nabi mu yang termaktub di dalamsurah Al-Maidah ayat lima. Di situ terbentang suruhan memakan makanan yang halal dan berkat. Hey, pernahkah engkau menyoal apakah yang dimakan olehmereka? Apakah kandungan bahan-bahan yang menjadi santapan generasi baru musetiap hari? Tentu engkau akan terkejut jika mengetahui kamilah sebenarnya yang mengeksport makanan-makanan ke negara mu. Usah panik andai ku katakanbahan-bahan itu sebenarnya diambil daripada yang makhluk-makhluk yang jelas diharamkan di dalam ajaran agama mu. Senjata kami amat licik. Kami telah lama menelaah dan mengkaji kitab pengangan mu, al-Quran. Di situ kami menemui rahsiakekentalan iman dan jihad generasi umat mu yang terletak pada apa yang mengisidi dalam perut mereka. Bukankah juga rasul mu memberi amaran beribu tahun dahulu agar berwaspada dalam persoalan makan dan minum.

Kini pesan dan nasihat itu hanya tinggal nasihat. Ketika kami terus lekakan anak-anak remaja mu supaya berkiblatkan dunia Barat, orde Yahudi yang terhimpun di dalam dokumen asal zionis tiada lainingin melihat seluruh masyarkat dunia sujud dan tunduk kepada sebuah negara kecil, kami bumi Israel yang pernah melahirkan ramai para anbia' mu. Selagi belum tercapai cita-cita ini, selagi itulah kami jajah fikiran dan minda anak bangsa mu agar menyembah zionis yang bertopengkan Barat. kami khayalkan mereka dengan pesta demi pesta. Kami ciptakan pakaian-pakaian yang menjolok matadengan ciptaan terkini. Kami jadikan media sebagai medan memperkanalkanproduk-produk makanan ciptaan kami yang dicemari, gelatin dan tisu yang tidak halal! Malah, kebanggaan ku lebih terserlah ketika menatap wajah-wajah generasi Islam yang mula menagih alkohol sebagai minuman kegemaran.

Hanya satu yang masih terkilan di hatikecil ku, aku masih belum mampu menundukkan nafsu berahi mu agar rebah di dalam pelukan cinta si zionis ortodoks ini. Benteng iman mu terlalu kental untuk kutewaskan, Zulaikha. Tidak seperti si Puteri Zulaikha yang gagal mengawal godaan cintanya terhadap Nabi Yusuf yang serba menawan, engkaulah perawan Muslimah yang hampir-hampir melemaskan lelaki Yahudi ini terhadap kejelitaan dankehalusan budi bahasa mu. Aku terpanah oleh kelembutan pekerti mu, saat kau bakal tinggalkan bumi al-Quds ini dengan serangkap pesan yang mengocak rohaniku.

"KAMI BUKAN DILAHIRKAN UNTUK MENJADIBAHAN EKSPERIMEN MU, YAHUDI. ISLAM AKAN BANGKIT DENGAN CAHAYANYA BERGEMERLAPAN,GEMILANG DI SEBELAH TIMUR DUNIA. KEADILAN DAN KEBENARAN AKAN MERUNTUHKAN PAKSIKEJAHATAN DAN KEMUNGKARAN.

Friday, September 16, 2011

corat-coret tudung labuh

Akak, kenapa akak pakai tudung labuh?� Soalan ini sudah banyak kali dilontarkan oleh remaja kepadaku. Adik bongsuku, Asiah Yusra yang sedang mekar meniti usia remaja, turut bertanya. Melihat wajahnya yang saling tidak tumpah dengan iras wajahku, aku terasa bagaikan sedang melihat diriku sendiri. Aku pernah remaja dan terpesona melihat kakak sulung bertudung labuh. Kufahami, remaja bertanya kerana mereka sedang tercari-cari identiti diri.

Kali pertama aku memilihnya sebagai imej diri ketika usiaku remaja. Saat itu, aku bertudung labuh kerana keindahannya menghiasi wanita-wanita berakhlak mulia yang kukenali. Ibuku, kakakku, kakak-kakak naqibahku, ustazah-ustazahku semuanya bertudung labuh. Hingga aku mensinonimkan tudung labuh itu dengan keindahan, keperibadian dan kebaikan. Walaupun aku turut mengenali teman-teman bertudung labuh yang akhlaknya bermasalah namun aku masih menemui keindahan jiwanya, ingin menjadi lebih baik. Hari ini, aku memilih tudung labuh kerana aku yakin ia lebih istimewa pada pandangan-Nya.

Ketika remaja, aku hampir tidak sedar banyak pertanyaan yang terpendam. Mungkin saat itu aku tidak tahu apa yang aku perlu tahu. Hinggalah persoalanku terjawab satu demi satu. Hikmah bicara kakak-kakak naqibahku menerangkan pelbagai soalan yang kutagihkan pengertian. Yang paling kuingati, Kak Siti Aisyah Mohd Nor (kini merupakan bidadari kepada seorang tokoh agama terkenal). Jasa kalian selamanya harum dalam ingatan.

Yang Tertutup Itu Indah


Ketika kubertanya tentang tudung labuh, mudah jawapan yang pernah kuterima, �Yang tertutup itu indah!� Jawapan yang membawaku mengkaji surah al-Ahzab ayat 59, maksud dan tafsirannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: �Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, �hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu."

Ya, sedangkan buku yang kita sayangi, kita sampulkan seindahnya. Inikan pula bentuk tubuh wanita, takkan tiada sampulnya? Kuperhatikan kulit bukuku yang bersampul lebih terjaga berbanding kulit bukuku yang tidak bersampul. Kuperhatikan langsir yang cantik menghias pintu dan tingkap. Kuperhatikan kain yang mengalas meja dan perabot. Benar, yang tertutup itu indah! Begitu juga cara Allah menghargai keindahan wanita dengan menggariskan perbatasan aurat. Agar keindahan itu hanya dinikmati oleh insan yang berhak. Bukannya diratah-ratah oleh pandangan yang sakit.

Istimewa Bertudung Labuh

Di sini, aku tidak mahu berbicara panjang tentang kewajipan menutup aurat. Apa yang ingin kukongsi di sini adalah tentang beberapa peristiwa dalam hidupku yang membuatkan aku berasa tudung labuh itu benar-benar istimewa. Allah banyak kali menyelamatkan dan memudahkan urusanku dengan asbab tudung labuh.

Dikejar Tebuan Tanah

Dalam satu program motivasi remaja, aku menyertainya sebagai salah seorang fasilitator. Antara aktiviti yang dilakukan ialah jungle trekking. Aku mengetuai barisan remaja puteri yang siap sedia memasuki hutan. Taklimat dan doa dimulakan.

Menderap ke tengah belantara, tiba-tiba peserta puteri paling depan terlanggar sarang tebuan tanah. Tebuan tanah berterbangan garang. Sedia menyerang. Peserta itu menjerit kesakitan kerana disengat. Peserta di belakangnya turut menjerit ketakutan. Aku yang turut berada di barisan depan ketika itu melaungkan takbir. Lantas mengarahkan peserta yang lain berundur. Mereka bertempiaran lari.

Sementara aku tetap bertahan di situ. Kututup sebahagian wajahku dengan tudung labuhku. Tangan turut kusembunyikan di bawah tudung labuh. Kulindungi beberapa peserta yang terkepung dengan tudung labuhku agar tidak disengat lagi. Segera kubawa mereka berundur. Ajaibnya, seekor tebuan pun tidak berjaya menyengatku. Subhanallah! Maha Suci Engkau yang menyelamatkan aku dengan secebis kain buruk ini.

Terlindung daripada Mata Mat Rempit

Suatu hari, aku ingin pulang ke kampusku di UIA setelah bercuti pertengahan semester di kampung halaman. Seperti biasa, aku membeli tiket bas dan berusaha mencari bas yang mempunyai tempat duduk seorang. Request. Ini penting bagi mengelakkan aku terpaksa bermalam di dalam bas dengan bertemankan seorang lelaki asing di sebelah.

Akhirnya kumembeli tiket dengan sebuah syarikat bas yang belum pernah kunaiki . Sebelum menaiki bas, aku berpesan kepada pemandu kedua agar menurunkan aku di Greenwood. Semua mata terlena melepaskan kelelahan hidup dengan mengembara ke alam mimpi yang seketika. Kedengaran sayup-sayup suara pemandu bas mengejutkan aku dari tidurku. Lantas aku terjaga separuh sedar. Ketika itu, aku duduk di kerusi seorang paling depan, tidak jauh dari pemandu.

Jam baru menunjukkan pukul 4.30 pagi. Badanku amat penat dan urat kepala terasa merenyuk. Aku bangkit dari kerusiku dalam keadaan mamai menuruni bas. Ketika berada di luar bas, aku masih sangat mengantuk. Terasa secepat kilat bas meninggalkanku.

Ya Allah! Aku terkejut kerana hanya aku seorang yang menuruni bas. Lagipun, tempat bas itu memberhentikan aku bukannya tempat perhentian bas di Greenwood seperti kebiasaan. Aku langsung tidak mengenali tempat itu. Tiada peluang untukku bertanya atau membatalkan saja tempat perhentian itu. Nyata aku sudah terlewat. Asap bas pun sudah tidak kelihatan.

Aku berada di sebuah perhentian bas. Jalan raya di hadapannya lurus. Lengang. Sunyi. Kawasan sekitarnya adalah kawasan perumahan yang sedang bergelap. Jalur-jalur cahaya hanya sedikit. Kupandang ke belakang dan mendapati tidak jauh dari situ terdapat sebuah masjid. Namun, ia kelihatan gelap. Sunyi. Kelihatan seekor anjing berwarna hitam, besar dan garang sedang berlegar-legar di luar pagar masjid. Ya Allah, pada-Mu aku bertawakal.

Aku segera menelefon kenalan rapatku, Puan Norliza Mohd Nordin untuk mengambilku. Pada masa yang sama, mataku melilau mencari kayu atau besi yang akan kugunakan sebagai senjata seandainya anjing itu mendekatiku.

�Di mana?� Tanya Puan Norliza. Susah-payah aku cuba menerangkan lokasi yang asing itu. Tambahan pula, aku tidak dapat melihat papan tanda yang menunjukkan nama masjid. Kehadiran anjing itu membuatkan aku tidak berani menghampiri masjid. Sukar Puan Norliza mentafsirkan lokasi aku berada.

Tiba-tiba, sekumpulan samseng jalanan dengan pelbagai aksi motosikal yang berbahaya berhenti beramai-ramai di seberang jalan tempatku berada. Bagaikan ada mesyuarat penting di situ. Aku tiada tempat bersembunyi. Apa yang mampu kulakukan adalah tetap berdiri di tempatku dan membaca segala ayat al-Quran yang pernah kuhafal. Tawakalku memanjat langit dunia. Kebetulan, aku berjubah hitam dan bertudung labuh warna hitam. Aku menggunakan kesempatan itu untuk menyembunyikan diriku di balik warna malam. Cebisan kain turut kututup pada wajahku yang berkulit cerah.

Saat yang amat mendebarkan dalam hidupku, kelihatan anjing yang garang sedang berlari ke arahku. Kupujuk hati, anjing itu akan baik padaku kerana ia tidak menyalak. Samseng jalanan pula seakan sedang memandang-mandang ke arah lokasiku. Ketika itu, aku mengucapkan dua kalimah syahadah berkali-kali. Aku siapkan emosi untuk berjihad mempertahankan diri. Biar nyawa jadi taruhan, menyerah tidak sekali!

Allah menjadi saksi. Aku bagaikan tidak percaya apabila melihat anjing itu sekadar melintasiku seolah-olah langsung tidak melihatku di balik kegelapan. Walau bagaimanapun, aku masih resah melihat samseng jalanan asyik memandang ke arahku. Aku bertambah risau membayangkan Puan Norliza mungkin tidak dapat mengagak lokasiku itu kerana dia asyik menelefonku.

Tiba-tiba samseng jalanan itu beredar. Bunyi ekzos mengaum pergi, pelbagai aksi. Mereka seakan-akan memandang dengan pandangan yang kosong sahaja ke arahku sebentar tadi. Puan Norliza pula sampai, menambahkan syukurku. Hatiku yakin, Allah telah menyelamatkanku di balik tudung labuh berwarna gelap itu. Alhamdulillah!

Menyelamatkan Beg Tanganku daripada Ragut

Seorang temanku dari Brunei sudah beberapa hari tidak datang ke kelas sarjana. Aku risaukan keadaannya. Apabila dia datang kembali, aku segera bertanya. Dia menunjukkan pipinya yang calar sambil bercerita dengan juraian air mata.

Dua orang pemuda yang menunggang laju meragut beg tangannya. Dia ikut terseret. Ketika itu pula dia sedang mengandung dua bulan. Hampir-hampir keguguran. Kedua-dua lututnya terluka. Pipi dan tangannya tercalar. Berdarah.

Aku sedih mendengar ceritanya. Dia memegang hujung tudungku sambil menyimpulkan, �Jika akak pakai tudung labuh macam ni, tentu diorang tak nampak beg tangan akak.� Kata-kata itu membuatkanku benar-benar berfikir jauh. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t. kerana tidak pernah menjadi mangsa ragut. Baru aku sedar, rupa-rupanya antara faktor yang menyelamatkanku adalah kerana beg tanganku sentiasa tersembunyi di bawah tudung labuh. Cuba anda bertanya kawan-kawan anda yang menggalas beg tangan di bawah tudung labuh, pernahkah mereka menjadi mangsa ragut?

Mendekatkan Jodoh dengan Lelaki Soleh


Aku hairan melihat beberapa orang temanku yang mulanya bertudung labuh tapi akhirnya menukar penampilan kerana takut tidak dipinang. Aku hormati penampilannya selagi masih menutup aurat namun jika itu alasannya, dia mungkin tersilap. Aku yang tetap bertudung labuh ini juga akhirnya yang agak cepat menerima pinangan.

Suamiku mengakui antara faktor yang meyakinkannya pada agamaku saat memilih bunga untuk disunting adalah kerana nilai tudung labuhku. Wanita bertudung labuh lumrahnya hanya berani dirisik oleh lelaki yang mempunyai persiapan agama. Jika malas hidup beragama, mereka akan berfikir beribu kali untuk memiliki seorang suri yang bertudung labuh. Rasa tidak layak. Rasa perlu membaiki diri terlebih dahulu.

Pernah juga aku dan suami cuba memadankan beberapa orang temanku dengan lelaki-lelaki soleh yang kami kenali. Apabila biodata bertukar tangan, gadis bertudung labuh rupa-rupanya menjadi kriteria penting seorang lelaki soleh. Malang bagi temanku yang sebenarnya baik dan berbudi bahasa, namun kerana penampilannya itu melambatkan jodohnya.

Benar, kita tidak boleh menilai seseorang hanya melihat luarannya. Namun, realitinya, kadang kala masa terlalu singkat dan peluang tidak ada untuk kita mengkaji dalaman seseorang sehingga terpaksa menilainya hanya melalui luarannya. Contoh realiti, jika kita ingin membeli nasi lemak di gerai. Kelihatan penjual di gerai yang pertama ialah seorang makcik bertudung labuh. Penjual di gerai kedua pula seorang wanita tidak bertudung dan rambutnya menggerbang lepas. Mana yang kita pilih? Kenapa cepat membuat pilihan sebelum mengkaji dalaman kedua-duanya dahulu? Apa nilaian kita ketika itu? Fikir-fikirkan.

Hormatilah Selagi Masih Menutup Aurat


Ya! Ya! Ya! Kudengari suara-suara hatimu yang sedang berbisik, �Ramai saja yang bertudung labuh tapi tak baik.� �Tudung tak labuh pun masih tutup aurat.� �Don�t judge people by its cover.� Kuhormati semua kata-kata ini sepertimana kuhormati dirimu yang masih bertudung. Alhamdulillah. Aku cuma berkongsi secebis pengalaman dalam hidupku yang menyebabkan kurasakan tudung labuh terlalu istimewa. Buat adik-adik remaja yang pernah bertanya, akak harap adik menemui jawapannya.

sumber: solusi isu 21, tulisan fatimah syarha

Thursday, September 15, 2011

cinta monyet




Cinta Monyet ni hanyalah kiasan bagi anak-anak remaja yang mmula mengenal bab cinta....macam monyet bila lihat anak dara dia mula nakal..kalau tak percaya anak dara lihat kat taman haiwan tu...
Maklumlah bila lihat kat wayang bab cerita cinta,bab cerita bollywood,romea dan juliet maka ramailah anakmuda yang tergila-gila.....
Maka terjadi bab cinta monyet ni...kebanyakkan mereka ni main ikut suka2 aje.....
Kalau anak sekolah lagi ramai main cinta monyet...ada tu betul-betul macam monyet...sampai ada tu melampui batas..
kalau bangsa asing lainlah tapi ini anak-anak remaja Islam kita.....
Kalau nak ikutkan Hukum Bab Islam,mana bole dik zakia.....kan haram kalau kita bercinta semasa remaja ni...belajar kat sekolah ada tu cukup pas aje..dah tu bila cintan alahai macam bab bollywood...
Kalau nak cinta pun cintalah pada ilmu ukrawi dan duniawi...
Ni tak nak cinta monyet...kat beri seekor monyet baru tau...
Belum lagi balas jasa orangtua dah pun nak cinta monyet..kalau cinta monyet ni,apa yang sang kekasih nak ,dibelikan..ada lagi teruk semua dia beri...
Astagfirullaaa..
Inilah manusia..
Banyak dugaannya..
Cinta monyet ni haram...
Kerana mula cinta monyet,mula pegang-pegang tangan,senyum2 dan banyak lagi dik zakia...
Maka banyaklah terjadi anak kandungan terbuang bab ternoda..
Banyak perogolan,zina,mencuri dan banyal lagi..

Memang mudah kita kata cinta pada Allah tapi bagi mudamudi yang sedang cinta monyet kebanyyakkannya terlanjur....
Terlanjur dari segala-segalanya..

Ini hanya kiasan dari MAtaputih aje..
Mataputih dah lama hidup...
Makin banyak cubaan bagaikan petir.. 

Saturday, September 3, 2011

magika..

anneyong..!!moorning everyone..today, nk ceciter pasal semalam..beraya dengan kengkawan...best..pergi taman manis, parit raja..beraya rumah fariz ayiz, rumah umi khairiah and my best friend,, amirah afiqah azme.. duit raye memang banyak smpai purse dah tak boleh tutup..terlalu penuh..hehe..
      time tengah round2 dekat taman tu, jumpa pulak si apeng..ngah naik motor dengan kengkawan dia..malu la pulak,,sebab costume hari tu, tudung bawal jer..tak pakai tudung labuh pun.. tak pe la..janji menutup aurat..ye tak?..
      erm,,malam tu nak pergi kluang..umah syafiq,,my beloved cousin.. tengah nk siap-siap tu, ada pulak insan yang call..ingatkan bawak berita gembira..rupanya,,..hmm..paham-paham je la..this is my blog..so what??i never mentioned his name..yang dia nak terasa tu kenapa..? aduh.. janganlah sampai aku benci dekat dia..
      whatever la.. hidup mesti happy.. buat ape nk sedih2 kerana seorang lelaki kan?..a lots of love and thank for my sister,,suhaila sumari cause alwayz support and help me.. petang ni nak balik hostel..pai pai k-pop..jumpa lagi dua minggu..hope dapat tumpukan pada pelajaran lepas ni..tak nak hampakan mak and abah.. saya nak dapat straight A..tadi baru tengok citer magika..so, i copy paste la lirik lagu ni..selamat jalan, jumpa lagi..

Lirik Penyembuh Rindu - Mawi ft Diana

Adakah kau berada di sana
Ku dapat rasa kehadiranmu
Walau hanya di dalam kalbu
Ku merindumu selalu

Pelik juga tapi kupun rasa
Bagai kau berdiri disisiku
Terkenangkan waktu ketika
Berdampingan bersama-sama

Setiap pertemuan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah
Kenangkanlah saat indah
Sebagai penyembuh rindu

Kita tak ditakdirkan bersama
Untuk masa yang lebih lama
Biarpun hanya seketika
Kehadiranmu dirasa..rasa

Setiap pertemuaan
Pasti akan temu detik perpisahan
Walau kini terpisah

Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu
Kenangkanlah saat indah sebagai penyembuh rindu

Monday, August 29, 2011

myanei...



hati aku sekarang tengah sesak..nafas aku turun naik..aku rasa perasaan aku berkecamuk macam air terjun niagara tau..aku tak sangka, semuanya boleh berubah sekelip mata..petang tadi kami berbual mesra,malam ni,, aku menangis..tapi, dia tak tahu pun..mungkin sekarang ni, dia tengah tidur nyenyak..tapi aku? rasa macam rela tak raya..
    dia kecikkan hati aku..aku rasa geram sangat,,so aku off phone..rupanya,dia marah..dia tak nak kongsi apa-apa dengan aku lagi..betul..apa yang dia cakap,sepatutnya aku bantu dia, bagi dia kata-kata semangat semasa dia ada problem..tapi, apa aku buat? aku sengaja off phone kononnya merajuk dengan dia..walhal, dia amat mengharapkan aku beri pertolongan pada dia..
     maafkan aku..cukup aku tak sangka dugaan ini datang di malam raya..malam yang sepatutnya dirai dengan gelak tawa, aku habiskan dengan air mata.. maafkan eli, maafkan eli.. eli tak sangka ni semua akan jadi.. rasa tak sanggup nak hadapi hari esok..rasa macam nak campak je handphone dalam laut biar dihanyut ombak..
    aduh.!!kusut....kusut sangat..tolonglah..tolonglah aku...