Saturday, July 16, 2011

pemilik cintaku..





nukilan saya kali ini, saya tulis khas untuk kawan saya NURUL SYAHIRAH MAJLAN..maaf kalau salah eja, kawan..hmm,kawan saya ini mintak saya tulis pasal minat..so, cerita hari ini, ada kaitanlah sikit2 dengan bab minat ni..
   erm..saya ada baca satu buku terbitan telaga biru bertajuk, PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL hasil nukilan fatimah syarha nordin.. buku tu memang sesuai untuk remaja, mahupun orang yang berdarah manis..watak utamanya ialah qanaah. seorang gadis yang sangat mementingkan agama dalam kehidupannya. dia ialah seorang gadis yang cantik, sopan, dan lemah lembut..dia menjadi kegilaan ramai lelaki..
    tapi, dengan memang prinsip menjadi seorang muslimah seperti mawar berduri, dia kebal dengan usikan-usikan lelaki di sekelilingnya.. setiap kali ada lelaki yang menghantar mesej kepadanya, dia tak pernah layan..sebaliknya, mesej tersebut dibalas dengan tazkirah-tazkirah yang boleh mengubah persepsi seseorang terhadap cinta..
    banyak juga lamaran yang diterima..tapi, setiap kali dia dilamar dia akan menjawab bahawa dia sudah ada pilihan..sudah ada pilihan bukan bermaksud dia sudah ada 'boyfriend' atau kekasih,tetapi maksud dia sudah ada pilihan ialah dia lebih memilih untuk belajar daripada berkasih dengan lelaki..itu bukan satu penipuan, tapi satu helah agar lelaki tersebut berhenti berharap..
    dia mencari seorang lelaki yang benar-benar menjaga fitrah dalam perhubungan..baginya, lelaki yang menghantar mesej itulah orang petama yang di reject..memang susah nak menawan hati qanaah ni.. dipendekkan cerita, macam mana qannah ni bertemu jodoh, semuanya diuruskan oleh ibu dan bapanya.. semasa, dia bertunang,dia tak tengok lansung wajah bakal suaminya..dan sepanjang tempoh pertunangan dia lansung tak hubungi tunangya.. mesej tak, call pun tak, jumpa apantah lagi..
   hakikatnya,benarlah kata orang couple after nikah lebih terasa nikmatnya.. cuba kita fikir, kalau sebelum kita kahwin, kita dah syok main mesej dengan si dia, dah puas call tiap-tiap hari,agak-agak kalau dah kahwin nanti ada lagi ke cerita yang nak di share?mesti boringkan?
   bila difikirkan balik, boleh ke saya jadi macam watak qanaah ni, tak layan lelaki langsung..walaupun dah ada ikatan pertunangan..memang susah..tapi, kita berusahalah sikit2.. minimakanlah main2 mesej or contact lelaki ni key..
   yang penting, ingat...kalau suka seseorang,pendam jerk.. :)

No comments:

Post a Comment