Wednesday, February 2, 2011

kuATkn semaNgAT n beruSaHA!!



bahagianya rasa apabila digelar sebagai pemenang, juara, johan dan mendapat tempat pertama.. tapi, bukan mudah untuk mengejar gelaran tersebut.. kecekalan, ketabahan, ketekunan, serta kekuatan mental, fizikal dan emosi amat diperlukan.

    KUATKAN SEMANGAT DAN BERUSAHA!! kata-kata itu sering saya ingati jika saya berasa 'down' atau pun hampir 'give up'.. untuk mendapat kejayaan kita perlulah berusaha! bak kata pepatah arab, 'MAN JADDA WA JADDA'.. usaha tangga kejayaan..

     mungkin tak semua usaha kita membuahkan hasil yang memuaskan.. tapi, yakinlah mungkin masanya belum tiba.. Allah itu Maha Adil.. dia tidak akan membiarkan usaha hamba-Nya begitu sahaja.. seperti mana yang kita selalu katakan, DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA HIGHWAY... pasti ada jalan penyelesaian..

   kadangkala, apabila dugaan itu datang bertimpa-timpa, kita merasa seperti sudah tidak berdaya lagi.. dan apa yang kita lakukan menangis tanpa henti, mengurung diri dalam bilik, dan mengaruk tak tentu pasal.. hmm,, semua tu tak akan memberikan apa-apa keuntungan pada kita pun..

     sepatutnya, kita menenangkan perasaan, berkatalah di dalam hati bahawa aku perlu kuatkan semangat.. dan aku perlu berusaha!! tak ada orang yang boleh memujuk diri kita ini untuk meneruskan perjuangan kecuali hati kita sendiri. sebab itu, kita perlu ada semangat yang kental..

    cakap memang senang, saya sendiri pun sebenarnya selalu juga menangis kalau terlalu 'tension'.. kerja rumah banyak pun dah nak menangis rasa.. apa lagi kalau mak ayah bertengkar ataupun berselisih faham dengan kawan..

   sama-samalah mendidik diri agar lebih tabah dan cekal.. yakinlah setiap usaha kita akan membuahkan hasil.. sama ada cepat atau lambat sahaja.. yakinlah juga kita pasti boleh STANDING IN THE EYES OF THE WORLD!!

    

No comments:

Post a Comment