Saturday, March 19, 2011

hiJJab....



hijjab...senang kata tudung la..kalau tengok perempuan sekarang, majoriti di malaysia para mukminat memang semuanya bertudung..tapi bila dipikirkan balik,mereka tu bertudung kerana ingin menutup aurat ataupun hanya ingin berlawa-lawa sahaja..
    masing-masing pakai selendang sekarang ni..bukannya salah kalau pakai selendang..tapi, tiada gunanya pakai selendang tapi nampak dada..dahla selendang tu jarang..terserlah kejinjangan tengkuk masing-masing..baik tak payah pakai selendang..bukak je terus..
    tudung arini pula..sesetengah memakai dengan baik..nampak kemas,cantik dan menepati ciri-ciri yang dikehendaki syara'.. tapi segolongan dari kaum hawa pula menyalahgunakan tudung arini ini..mereka sengaja mengepin tudung tersebut di bahagian belakang untuk menunjukkan sanggul rambut mereka..kononnya, supaya yang lain tahu, bahawa mereka mempunyai rambut yang panjang..
   semalam, saya berjalan-jalan di salah sebuah pusat membeli-belah di Melaka..terkejut rasanya..saya nampak di pusat membeli-belah itu dijual satu scarft rambut yang belakangnya memang ada benda bulat besar..so, kalau kita pakai tudung, nampak la yang itu adalah sanggul..sampai macam itu sekali hawa zaman sekarang..
    kalau niat kita ingin pakai tudung sebab ingin berlawa-lawa, baik tak payah la..ubah la niat tu cepat-cepat selagi pintu taubat untuk kita masih terbuka luas..kalau dah terlambat nanti, menyesal tak sudah.. saya pun tak tau macam mana nak tegur insan-insan yang berselendang jarang ni..sebabnya, ahli keluarga saya sendiri pun ada yanag berpakaian begitu..
    hijjab yang sebaik-baiknya,hmm...tudung labuh la..cuba anda beli majalah solusi keluaran Februari..ada salah satu muka surat yang mengisahkan tentang CORAT CORET TUDUNG LABUH..hati saya tenang membaca cerita tersebut..tapi jangan salah sangka pulak, tudung labuh ni bukannya wajib..pakai tudung bawal biasa pun menutup aurat jugak..

 
hijjab camni p0wn okey gak...!

Tuesday, March 15, 2011

aku MAWAR BERDURI..



Dia ingin berubah. Dia ingin jadi seperti dahulu. Sentiasa mengingati Allah, sentiasa takut akan azab-Nya, sentiasa taat pada perintahn-Nya, dan sentiasa jaga batas pergaulan. Dia yakin dan percaya, perempuan yang dijaga oleh Allah, pasti tidak akan membenarkan mana-mana tangan lelaki menyentuh dirinya.
Namun, takala dia merasakan dirinya cukup bahagia dengan hidayah Allah, Allah menguji dirinya. Allah menghadirkan dirinya dengan seorang lelaki yang menuntut balasan cinta. Dirinya dimewahkan dengan kata-kata pujian, dengan gurindam rindu dan madah-madah cinta yang sebelum ini tidak pernah meneroka hati dan jiwanya.
Dia percaya cinta dari Allah, tapi dia lupa itu bukan caranya. Dia alpa. Hatinya sudah tidak seperti dahulu. Hatinya dilimpahi rasa rindu si jejaka. Rindu si nafsu yang mengwar-warkan kemanisan cinta manusia. Bukan dia tidak sedar dia sudah berubah, bukan juga dia tidak sedar bahawa ketenangan hati yang pernah dianugerahkan oleh Allah semakin menjauhi. Dia menutup kesedaran itu dengan janji dan kata-kata cinta si jejaka.
Dia sudah jauh dari hidayah Allah. Imannya rapuh, syaitan menari-nari tatkala dia membenarkan tangan rakus si jejaka menyentuh dirinya bersama alunan syahdu janji kekasih. Tempat yang sepatutnya dia jaga, didedahkan. Kononnya yakin si jejaka adalah suaminya.
Tidakkah dia takut dengan dosa atau dengan azab Allah?. Ya, dia sedar tetapi separa sedar. Rasa sayangnya pada jejaka itu mulai melebihi segalanya. Namun, syukur pada Allah, Allah masih sayang padanya. Jejaka itu gagal menawan mahkota dirinya. Saat dirinya berutus cinta, dia masih lagi solat, dia tidak lupa tanggungjawabnya. Namun mungkin solatnya masih tidak sempurna lalu robohlah benteng imannya dipukul ombak nafsu cinta manusia.
Allamdullilah. Allah menurunkan hidayah pada dirinya. Di saat jejaka menyepikan diri seketika, dirinya dilanda rasa berdosa. Mengingati kembali dosa-dosa yang dilakukan, mengalir air mata kekesalan. Disaksikan kegelapan malam, dia bangun untuk bersolat taubat. Menangislah dirinya sepuas-puasnya. Dia memohon petunjuk pada Allah, dia ingin kembali, kembali atas cinta. Demi cinta Allah yang tidak pernah berpaling dari hidupnya dia nekad untuk berubah. Namun hatinya sedikit takut akan janji Allah.
"Wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya."
Apa yang patut dia lakukan kini. Dia mula merasakan dia bukan dari kalangan wanita yang baik-baik. Tidak layak untuk sesiapa. Dia menutup pintu hatinya seketika dari cinta manusia yang bernafsu yang mengeruhkan kolam keimanannya yang pasang surut. Sehingga ditakdirkan Allah untuk dirinya bertemu dengan seseorang yang mencintainya kerana Allah.
"Demi cinta Allah yang ku kejar, kuatkan hatiku untuk bertahan, berikan ku kecerdasan akal untuk sentiasa berfikir tentang kuasaMu, hulurkan pertolonganMu di saat-saat aku hampir tewas, sinarkan nur hidayahMu untuk aku terus di jalanMu. Ya Allah! Aku memohon keampunan kepadaMu."

Saturday, February 5, 2011

kekALkan mOTivasi SElAma 7 HarI..



Setiap manusia tidak terlepas daripada mempunyai sifat dahagakan kejayaan. Dalam buku motivasi Rahsia Minda Jutawan, ditulis oleh Amar Mahmood ada mengatakan bahawa jumlah manusia yang betul-betul mengejar kejayaan mereka tidak sampai 3%.
Kejayaan didorong oleh motivasi yang kuat untuk mencapai sesuatu. Walau bagaimanapun, kebanyakan orang gagal untuk mengekalkan motivasi mereka. Ini menyebabkan ramai yang terkandas dan cepat mengalah sebelum bertindak.
Apakah faktor utama untuk kita mengekal motivasi selama 7 hari berturut-turut? Menurut kajian, apabila seseorang itu mampu mengekalkan motivasi selama 7 hari, maka proses untuk mencapai kejayaan adalah lebih mudah.
1 – Cari Ayat Motivasi Relevan Selari dengan Impian
Lakukan sedikit carian untuk mencari ayat motivasi atau 'quote' daripada pakar dalam bidang masing-masing. Pastikan ayat tersebut tersebut selari dengan impian yang kita ingin kecapi.
Selepas itu, tulis semula dalam kertas atau cetak. Kemudian tampalkan di tempat yang mudah untuk kita lihat setiap hari. Untuk tambahan, jadikan ayat motivasi tersebut sebagai 'wallpaper' komputer kita.
Pakar psikologi mendapati ayat-ayat motivasi mampu meningkatkan motivasi dengan segera. Ia akan menjadi lebih efektif jika kita mengulanginya setiap hari.
2 – Membina Kumpulan Motivasi
Robert Kiyosaki, penulis buku Rich Dad Poor Dad menyatakan bahawa seseorang itu mudah untuk mendapatkan motivasi berterusan, jika mereka bergerak secara kumpulan. Hal ini juga disebut dalam buku Think & Grow Rich oleh Napoleon Hill.
Apabila kita mempunyai kumpulan yang mempunyai matlamat sama, maka potensi untuk kita kekal bermotivasi adalah tinggi. Ini kerana setiap seorang akan menyumbang kekuatan untuk memotivasikan individu yang lain.
3 – Tulis Matlamat Setiap Hari
Dengan menulis matlamat setiap hari, kita dapat mengingatkan diri terhadap apa yang ingin dicapai pada masa akan datang. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan motivasi menerusi minda separa sedar.
Biasakan tulis matlamat sebelum kita tidur. Dengan cara ini, kita telah mengaktifkan minda separa sedar untuk memproses langkah-langkah, supaya mencapai matlamat kita tercapai.
Selamat beramal!

Friday, February 4, 2011

be c0NFident!!



Kadang kala, kita sebagai manusia selalu merasa kurang yakin dengan diri kita. Apatah lagi bila berhadapan dengan kelompok manusia yang kita rasakan masih terlalu asing bagi kita. Biasanya, kita akan cuba mengelak dengan mengatakan kita tidak mampu melaksanakan sesuatu kerja tersebut. Justeru itu, di sini saya berikan beberapa tips dan petua untuk kita meningkatkan keyakinan diri.
1. Anggaplah diri anda diciptakan Allah sama seperti orang lain. Orang lain boleh buat, kenapa anda tidak boleh buat?
2. Apa-apa kekurangan / kelemahan yang ada pada diri anda, anda baikinya.
3. Jangan takut-takut atau teragak-agak untuk melakukan sesuatu yang positif.
4. Elakkan perasaan malu yang tidak bertempat.
5. Lakukan riadah yang ringan sebelum melakukan sesuatu pekerjaan. Riadah ini sebagai 'warm up' dan dapat mengaktifkan diri seseorang.
6. Kemaskan diri dan anggaplah diri adalah yang terbaik pada hari itu.
7. Apabila berinteraksi, pandang tepat pada muka dan mata orang yang kita sedang berinteraksi dan gunakan sedikit pergerakan tangan untuk menerangkan sesuatu. Jangan terlalu kaku.
8. Apabila memulakan sesuatu tugas, jangan memikirkan masalah. Tetapi fikirkan hasil yang akan diperoleh selepas tugas tersebut dilaksanakan.
9. Sentiasa peka akan waktu. Jangan berlengah-lengah atau bertangguh dalam melaksanakan sesuatu tugas.
10. Berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan setiap urusan seharian kita.
Insya-Allah anda akan dapat menilai betapa berharganya diri anda.
Sesungguhnya anda ialah insan yang mulia dan cemerlang.
Insan yang mulia dan cemerlang mempunyai potensi dan setiap potensi harus diusahakan untuk mendapatkan hasilnya!
BERUSAHA!!

friENDshIP..



hmm.. comel tak? comelkan? macam kucing-kucing saya yang ada dekat rumah ni.. cuba hayati betul-betul gambar tu.. apa yang anda semua nampak..

    walaupun berbeza warna, ikatan persahabatan itu tetap boleh terjalin.. tapi itu kucing.. kalau manusia, walaupun berbeza warna kulit, berbeza warna rambut mahupun berbeza bangsa, agama dan budaya tetap boleh menjadi sahabat..

     pentingnya bermaf-maafan.. jangan ingat raya je kena minta maaf.. tak raya pun kena selalu meminta maaf dan memaafkan orang.. saya ada satu benda nak dikongsi. mak dan ayah saya setiap sekali sebelum tidur mereka pasti bermaaf-maafan.. sepatutnya saya sebagai anak pun perlu meminta maaf dengan ibu bapa saya dan akak saya sebelum tidur.. tapi, malulah pulak..

    bukan apa, manalah tahu ditakdirkan Tuhan cabut nyawa kita masa kita tidur ke, tak pun malam tu rumah kita terbakar ke, malam tu kita kena bunuh dengan perompak ke, kempunanlah tak sempat minta maaf dengan mak dan ayah.. seperti peribahasa, sediakan payung sebelum hujan.. begitu jugalah kita..

    alhamdulillah, berkat doa saya, akhirnya saya dan sahabat saya mula berbaik semula.. kami sudah saling bermaaf-maafan malam tadi.. fuhh,, nyenyak tidur saya malam tadi. saya akui apabila saya ada buat salah kepada seseorang, memang saya rasa tak senang.. sebelum tidur pun mesti teringat-ingat je kesalahan saya pada orang tu.. sekarang ni bila semua dah selesai, leganya rasa..

     yang penting, setiap masalah itu selesaikanlah dengan perbincangan.. insyaallah, semua akan menjadi baik..


GAYA SALAM PELAJAR ASPURI!!
CUNKAN?

paTAh haTY...


hmm.. pernah patah hati tak?? ada yang patah hati sampai terjun bangunan, ada yang patah hati sampai minum racun dan ada yang patah hati sampai sanggup dilanggar oleh kerata api..

    saya, macam biasalah tak pernah patah hati dengan lelaki.. kalau patah hati pun, dengan kawan sendiri.. dengan kawan sekelas, dengan kawan baik.. hmm,, susah betul nak cari teman sejati ni ek..? bilalah saya boleh jumpa kawan sehidup saya.. mungkin kakak saya SUHAILA SUMARI tu jelah kawan saya yang paling baik dekat dunia ni.. 

    orang kata, buang yang keruh ambil yang jernih.. tapi setakat tulis dan cakap pepatah tu bolehlah.. nak melakukannya.. hmm,,susah yang amat.. saya sendiri pun pelik, kenapa susah sangat nak ambil yang jernih tu..  dan kenapalah susah sangat nak buang yang keruh.. mungkin kerana ego menguasai diri.. astaghfirullahalazim..

    dulu, saya rasa bersalah sangat dengan kawan saya ni.. tapi, apabila dikaji semula dan di'flash back' sedari awal.. hmm, kini ku mngerti kebenarannya.. saya dan sahabat saya seri.. kami sama-sama salah.. bezanya, dia masih bongkak untuk meminta maaf pada saya.. let it go..

     entah kenapa rasa benci padanya membuak secara tiba-tiba.. sampaikan rasa panas je kalau nampak nama dia.. baru nampak nama tu, belum orangnya lagi.. apalah nak jadi.. tak apa, suatu hari nanti saya akan terangkan dan bincangkan tentang kesalahan dia pada saya, yang mungkin dia tak sedar..biarlah keadaan reda dahulu.. jangan dikeruhkan lagi keadaan yang sedia ada keruh.. betul tak? 

    hmm.. pesanan saya, sayangi kawan anda.. kalau agak-agak ada rasa benci tu,, cepat-cepat beristighfar.. kita ini hanyalah hamba Allah yang diberi peluang untuk hidup di muka bumi.. jadi janganlah bermusuh-musuhan ye.. lagi satu, kita janganlah mengkhianati kepercayaan orang.. sekali kita bersikap khianat, susah orang nak percaya kita semula..


LOVE Y0U MY SISTER!!

Thursday, February 3, 2011

biDAdari mU..

alt


"Jangan engkau kahwini wanita yang enam; yang ananah, yang mananah, dan yang hananah, dan jangan engkau kahwini yang hadaqah, yang baraqah dan yang syadaqah." - Imam Al-Ghazali
Wanita Ananah:
Wanita yang banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau berpura-pura sakit.
Wanita Mananah:
Wanita yang suka mengungkit-ngungkit terhadap suaminya. Wanita ini sering menyatakan seperti; "Aku membuat itu keranamu"
Wanita Hananah:
Wanita yang menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah:
Wanita yang melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah:
1) Wanita yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya.
2) Wanita yang marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah:
Wanita yang banyak bercakap perkara yang lagha (sia-sia) dan lagi membisingkan.