Monday, January 31, 2011

peRsaHAbatAN..



orang yang suka berkata jujur akan mendapat 3 hal :
-kepercayaan
-cinta
-rasa hormat

   pentingnya kejujuran dan keikhlasan dalam hidup...bayangkan jika orang disekeliling kita semuanya seorang pendusta...mampukah kita meneruskan hidup di muka bumi ini.?

    saya adalah salah seorang peenonton setia cerira-cerita korea..antaranya cerita My Girl..cerita tersebut mengisahkan seorang perempuan yang sangat suka menipu..kadangkala penipuan membawa kepada kebaikan..tetapi,apabila rahsia itu telah terbongkar, ia akan emamkan diri sendiri.

    dalam persahabatan pula,kejujuran amat diperlukan..seperti mana yang saya alami sekarang..persahabatan saya kini agak goyah. ini adalah kesalahan saya sendiri kerana tidak bersikap jujur terhadap sahabat saya. pada mulanya,saya tidak jujur padanya kerana untuk mengelakkan perasaan cemburu antara kami..tapi sangkaan saya meleset..ketidak jujuran saya memakan diri saya sendiri.

   sekarang,kami memang masih bercakap, berhubung..tetapi, tidak serapat dahulu...tiada lagi gelak ketawa kami bersama..tiada lagi perkongsian rahsia serta cerita..wahai sahabat, aku sangat merindui persahabatan kita..di mana lagi aku ingin meluahkan masalah aku kalau kau pergi?

   anda ambillah tauladan dari kisah saya ini..hidup ini lebih sunyi tanpa kawan berbanding tanpa cinta..jujurlah terhadap rakan anda kerana rakan yang baik akan tetap memahami kita..

No comments:

Post a Comment