Monday, January 31, 2011

y0u br0ke my HeaRT..



saya bukannya patah hati kerana putus cinta, bukan sebab cinta saya kena reject..tapi saya patah hati dengan kawan saya yang seorang ini..

    seperti mana yang saya cakapkan dalam tajuk persahabatan dahulu, dalam persahabatan perlu ada kejujuran.. kalau tiada kejujuran, memang persahabatan itu tidak akan kekal lama. kalau kita tidak puas hati dengan kawan kita, ataupun kawan kita ada membuat kesalahan, apalah salahnya kita berterus-terang dan tegur kesalahan kawan kita itu.

   ini tidak, disimpannya ketidak puas hatian dia tu dalam hati.. tapi asyik ditulis kat wall fb dia tu yang dia dah di tipulah, itulah, inilah..kalau setakat menulis masalah dekat wall fb, tak akan boleh menyelesaikan apa-apa masalah pun..kenapa masalah kita perlu diberitahu kepada orang ramai..? tapi tidak diselesaikan..

    saya kecik hati sangat dengan kawan saya ni..dia tidak puas hati dengan saya. tetapi, dia tidak bagi tahu..sebaliknya, dia canang dekat fb yang dia dah ditipu..memanglah dia tidak menyebut nama saya. tapi saya tahu itu adalah diri saya. kenapalah kawan saya ni tak mahu berbincang dengan saya..menyelesaikan masalah dengan cara yang baik? itukan lebih bagus..

   tak mengapalah, mungkin kawan saya itu memang sudah tidak sayang akan persahabatan kami ini lagi..sebab itu dia lebih senang mencanang masalahnya dengan saya di fb berbanding menyelesaikan masalahnya bersama saya dengan cara baik..

    ape pun yang engkau lakukan kawan, ingatlah aku tetap SAYANG KAU SAMPAI MATI! sebab kita dah pernah berkongsi rahsia yang akak aku sendiri pun tak tahu..

    sekiranya anda senasib dengan saya, kehilangan kawan yang paling baik dan kehilangan kawan untuk berkongsi rahsia,,sama-samalah kita berkongsi masalah kita dengan Allah..kerana,, cinta Allah terhadap hambanya kekal abadi dan lebih bermakna dari cinta seorang sahabat.

No comments:

Post a Comment