Wednesday, February 2, 2011

kuATkn semaNgAT n beruSaHA!!



bahagianya rasa apabila digelar sebagai pemenang, juara, johan dan mendapat tempat pertama.. tapi, bukan mudah untuk mengejar gelaran tersebut.. kecekalan, ketabahan, ketekunan, serta kekuatan mental, fizikal dan emosi amat diperlukan.

    KUATKAN SEMANGAT DAN BERUSAHA!! kata-kata itu sering saya ingati jika saya berasa 'down' atau pun hampir 'give up'.. untuk mendapat kejayaan kita perlulah berusaha! bak kata pepatah arab, 'MAN JADDA WA JADDA'.. usaha tangga kejayaan..

     mungkin tak semua usaha kita membuahkan hasil yang memuaskan.. tapi, yakinlah mungkin masanya belum tiba.. Allah itu Maha Adil.. dia tidak akan membiarkan usaha hamba-Nya begitu sahaja.. seperti mana yang kita selalu katakan, DI MANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA HIGHWAY... pasti ada jalan penyelesaian..

   kadangkala, apabila dugaan itu datang bertimpa-timpa, kita merasa seperti sudah tidak berdaya lagi.. dan apa yang kita lakukan menangis tanpa henti, mengurung diri dalam bilik, dan mengaruk tak tentu pasal.. hmm,, semua tu tak akan memberikan apa-apa keuntungan pada kita pun..

     sepatutnya, kita menenangkan perasaan, berkatalah di dalam hati bahawa aku perlu kuatkan semangat.. dan aku perlu berusaha!! tak ada orang yang boleh memujuk diri kita ini untuk meneruskan perjuangan kecuali hati kita sendiri. sebab itu, kita perlu ada semangat yang kental..

    cakap memang senang, saya sendiri pun sebenarnya selalu juga menangis kalau terlalu 'tension'.. kerja rumah banyak pun dah nak menangis rasa.. apa lagi kalau mak ayah bertengkar ataupun berselisih faham dengan kawan..

   sama-samalah mendidik diri agar lebih tabah dan cekal.. yakinlah setiap usaha kita akan membuahkan hasil.. sama ada cepat atau lambat sahaja.. yakinlah juga kita pasti boleh STANDING IN THE EYES OF THE WORLD!!

    



Standing In The Eyes Of The World 

Pahit getir hidup... dan pengorbanan
Terpaksa dihadapi, demi kejayaan
Terdidik sejak mula, tabah berusaha
Tanpa cuba melangkah, tak kemana
Di mana kau berada
Pencapaian tak tiba dengan mudah

( korus )
Kini "Standing In The Eyes Of The World"
Hanyalah selangkah dari nyata
Keazaman membara dijiwa
Menanti saat bebas merdeka
Tiba masa kau melangkah gagah
Bersemangat ke arah matlamat sedaya upaya
Engkau terunggul
Wajar "Standing In The Eyes Of The World"

Harapan yang pernah terkulai layu
Kembali segar mekar bawah bayanganmu
Setiap manusia ingin berjaya
Namun tak semua miliki tuah
Engkau menghampirinya
Kesempatan telah pun tiba...

COuple caRA isLAm?



Islam adalah agama yang syumul. Sebuah agama yang lengkap. Islam tidak mungkin menyekat fitrah manusia yang sememangnya ingin menyayangi dan ingin disayangi. Untuk apa Allah menciptakan manusia berfitrah seperti sedia ada jika manusia akan diperintahkan untuk membunuh fitrahnya itu?
Ajaran Islam telah diturunkan oleh Allah untuk memasang bingkai agar kemahuan manusia itu dapat disalurkan dengan cara yang terbaik. Selain itu, Islam menutup rapat jalan kemaksiatan dan membuka seluas-luasnya jalan menuju ketaatan serta memberi dorongan kuat ke arah perlaksanaanya.
Rasulullah s.a.w. pernah mengecam salah seorang sahabat yang bertekad untuk tidak bernikah. Ini merupakan salah satu bukti bahawa Islam mengakui fitrah manusia yang ingin mengasihi dan dikasihi atau mencintai dan dicintai.
Percintaan dalam Islam hanyalah selepas termetrainya sebuah ikatan pernikahan antara dua insan, iaitu setelah bergelar suami isteri. Islam telah menggariskan panduan dalam menuju ke arah gerbang perkahwinan ini.
Ustaz Hassan Din telah memberikan pendapatnya mengenai hal ini dalam Al-Kulliyah di TV3 pada 28 Julai 2006. Tajuk perbincangan Al-Kulliyah ketika itu agak menarik ; iaitu "Jodoh".
Masyarakat Sudah Lari
Apabila diminta memberikan pendapat beliau, beliau telah mengatakan bahawa cara masyarakat sekarang mengendalikan perihal jodoh telah lari daripada syariat yang sepatutnya.
"Sebenarnya dalam Islam, apabila seseorang lelaki itu telah berkenan dengan seorang wanita dan ingin menjadikan teman hidupnya, sepatutnya lelaki itu berjumpa dengan wali si perempuan tadi untuk menyatakan niatnya untuk masuk meminang.
Tetapi masyarakat sekarang silap. Mereka terus berjumpa dengan empunya diri dan terus menyatakan hasrat hatinya. Kemudian mereka bercinta, berjanji, bersumpah setia dan segala-galanya. Sedangkan ibubapa mereka langsung tidak tahu akan hubungan mereka itu. Setelah sekian lama bercinta, apabila ingin melangsungkan perkahwinan, mak dan ayah tidak bersetuju dengan mengeluarkan pelbagai alasan," terang beliau.
Konsep Meminang
Beliau juga menerangkan konsep peminangan ini. Kata beliau, "Ibu bapa mungkin sudah ada pilihan mereka sendiri. Oleh itu, dengan menyatakan niat kepada ibubapa, mereka akan berjumpa sendiri dengan wali perempuan tadi untuk mengenali keluarga dan calon menantu mereka dengan lebih jelas.
Setelah kedua-dua pihak bersetuju, barulah dijalankan upacara peminangan, iaitu kedua-dua insan tadi telah menjadi tunang. Apabila sudah menjadi tunangan orang, adalah haram perempaun itu dipinang oleh lelaki lain, seperti yang telah dijelaskan oleh Rasulullah s.a.w. dalam hadis baginda.
Dalam masa pertunangan inilah kedua-dua pihak lelaki dan perempuan tadi akan saling mengenali antara satu-sama lain, bagi memastikan adakah ini merupakan pasangan hidupnya yang sebenar. Jika kedua-duanya sudah bersetuju, barulah pernikahan dilangsungkan," jelas beliau lagi.
Namun begitu, Ustaz Hassan Din menegaskan bahawa bertunang bukan merupakan lesen yang membenarkan kedua-dua pasangan bermesra-mesra seperti suami isteri. Bertunang hanyalah untuk saling mengenali antara satu sama lain dan bukannya untuk bercinta.
Pasangan yang telah bertunang tetap tidak boleh keluar berdua-duaan tanpa ditemani oleh ahli keluarga. Selagi belum bernikah, mereka tetap dua insan yang bukan mahram dan masih perlu manjaga batasan-batasan Islam seperti yang telah dibincangkan sebelum ini.
Dan jika dalam tempoh pertunangan itu didapati kedua-dua pasangan ini tidak secocok atau tidak serasi, maka pertunangan bolehlah diputuskan secara baik melalui persetujuan kedua-dua belah pihak.
Perigi Cari Timba
Ada pula yang berkata, "Cara ini untuk lelaki bolehlah. Untuk perempuan, tak sesuai. Nanti orang kata, 'macam perigi mencari timba', 'wanita tidak bermaruah' dan macam-macam lagi." Sabar dahulu saudari.
Sebenarnya ini merupakan pemikiran songsang yang telah diterapkan dalam masyarakat Melayu kita. Sebetulnya kita berbalik kepada Islam itu sendiri. Bagaimanakah Islam mengajar wanita yang berkeinginan bernikah untuk menyuarakan keinginanya? Mari kita kaji sirah.
Bukankah perkahwinan teragung antara junjungan kita, Nabi Muhammad s.a.w. dan Siti Khadijah r.a. dimulakan dengan Siti Khadijah menzahirkan keinginannya? Ketika mengetahui sifat-sifat mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w., beliau merasakan yang dia tidak akan menjumpai sesiapa yang lebih layak untuk dijadikan suaminya melainkan Baginda. Oleh itu Siti Khadijah menyuarakan keinginannya kepada pakciknya, Abbas, agar merisik Muhammad s.a.w. Sesudah pihak Baginda bersetuju, barulah keluarga Nabi menghantar rombongan meminang. Begitulah yang diajarkan dalam sirah.
Jadi, tiada salahnya wanita yang memulakan dahulu. Bukankan itu lebih mulia, menyuarakan keinginan dan kebersediaan untuk mengikuti sunnah baginda Rasulullah s.a.w.?
Cuma biarlah caranya sesuai dengan cara masyarakat kita. Jika seorang wanita itu telah mempunyai calon suami yang baik dan soleh, suarakan-lah kepada ibu bapa supaya mereka dapat menghubungi pihak keluarga lelaki tersebut. Biar orang tua yang menguruskan, kita cuma mencadangkan. Kalau kedua-dua pihak setuju, alhamdulillah. Maka pihak lelaki boleh masuk meminang.
Indahnya Cara Islam
Lihat, betapa indahnya Islam mengaturkan perjalanan hidup penganutnya. Cukup teratur dan sitematik. Cara ini dapat mengelakkan daripada berlakunya maksiat dan perkara-perkara lain yang tidak diingini. Dalam masa yang sama, ia menuju kepada pembentukan keluarga bahagia yang diidamkan oleh semua manusia kerana itulah fitrah insani. Insya-Allah jika segalanya dilakukan dengan niat ikhlas kerana Allah dan bukan atas dasar nafsu dan keduniaan semata-mata, Allah akan mempermudah urusan itu.

reMaJA..


Remaja
Ingatlah masa depan mu
Janganlah kau terleka
Di usia remaja

Kenanglah
Jasa ibu dan ayah mu
Susah payah mereka
Membesarkan kita

C/O :
Gunakanlah masa yang ada
Dengan sebaiknya
Kuatkanlah tekad di hati
Memajukan diri
Tiada kejayaan yang datang
Tanpa usaha yang gigih
Bersusah-susahlah dahulu
Bersenang kemudian
Jadilah warga yang berguna
Pada keluarga, masyarakat jua negara

Waspada
Jangan mudah terpedaya
Oleh hasutan dunia
Yang bisa merosakkan hidupmu

(Ingatlah remaja semua)

aq REDHA..


ya Allah...aq redha dengan takdir dan ketentuan-Mu..sesungguhnya Engkau itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. dan aku yakin,, setiap perkara yang telah Engkau takdirkan untukku pasti ada hikmah disebaliknya..

    kini, aku hanya berpegang pada kata-kata idolaku,, Tuhan itu tidak akan memberi dugaan kepada hamba-Nya yang tidak mampu hamba-Nya tanggung.. jadi, sekarang aku yakin.. aku pasti dapat menempuhi dugaan ini.. aku harus kuat menghadapinya walaupun kadangkala hatiku goyah..

   aku berharap, dengan dugaan ini, aku akan lebih menghargai kasih sayang-Mu.. semoga aku tidak alpa akan kekuasaan-Mu.. dan semoga dugaan ini akan menjadi pedoman untukku menghadapi hari-hari yang mendatang dengan lebih tabah. hari-hari mendatang yang mungkin lebih sukar untukku hadapi..

    Ya-Allah.. aku sedar.. dunia ini hanyalah pinjaman untukku.. bila-bila masa sahaja Engkau boleh mengarahkan malaikat izrail untuk menyabut nyawaku.. bila-bila masa sahaja Ya Allah.. tapi aku takut, sekiranya orang di sekelilingku belum bersedia mengampunkan diriku.. barangkali kesalahan ku terhadap ibuku, ayahku, kakakku.. sudahkah mereka mengampunkan dosa-dosaku..?

    bagaimana pula dosaku terhadap sahabatku?.. ketidak jujuranku terhadapnya.. sudahkah dia mengampunkan diriku..? andainya aku tiada lagi di dunia, adakah dia akan menangisi pemergianku? atau dia hanya meraikan pemergian aku yang dianggap sebagai musuhnya.. lembutkanlah hatinya untuk memaafkan diriku Ya Allah...

    sesungguhnya cinta-Mu kekal nan abadi.. aku redha akan dugaan ini.. aku bertawakkal kepada-Mu akan semua yang akan terjadi..

mANisNYa iMAn...


 yummy!!

Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya, dan diamencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api neraka". (Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim)
Sahabat-sahabatku, marilah sentiasa tanamkan dalam hati kita 3 sifat ini (yang tersebut dalam hadith di atas) agar 'kemanisan iman' itu benar-benar dirasai.
Mengapa perlunya kemanisan iman? Kerana dengan kemanisan iman, kita tidak pernah mengeluh dengan keletihan dan kepenatan dalam berdakwah. Dengan kemanisan iman, kita sentiasa redha dan tawakkal dengan semua ujian yang Allah berikan kepada kita. Dengan kemanisan iman, kita sentiasa bersiap siaga untuk Islam.
Kadang kala, kita terasa penat dan lemah dalam berdakwah. Kadang kala kita merasakan yang kita telah banyak menyumbang untuk Islam tetapi apa yang kita dapat hanyalah keletihan, kesedihan dan sebagainya. Kadang kala mad'u kita kelihatan seperti tidak menghargai apa yang kita kongsikan. Kadang kala sahabat-sahabat lain pun kurang acknowledge kerja kita.
Tetapi ingatlah, kerja dakwah ini bukan kerja dengan manusia tetapi kerja dengan Allah. Dengan kemanisan iman, hanya kepada Allah kita meletakkan sepenuh pengharapan. Dengan kemanisan iman, kita akan sentiasa yakin dan percaya dengan 'the hidden blessings' yang Allah janjikan.
"Maka tidak seorang pun mengetahui apa yg disembunyikan untuk mereka iaitu (bermacam-macam nikmat) yang menyenangkan pandangan mata sebagai balasan terhadap apa yg mereka kerjakan" [32:17]
Marilah sama-sama kita bermujahadah menuju kepada kemanisan iman dalam beramal. Mudah-mudahan hati kita sentiasa tenang dan redha dalam menegakkan kalimah Allah di atas muka bumi ini.

Tuesday, February 1, 2011

y0u're my friend, my best FRiend n my big SistER..



kalau dulu, hanya pada kawan aku seorang tu je la aku nak mengadu masalah aku luar dalam, kiri kanan, depan belakng atas bawah.. tapi, sekarang dia dh tinggalkan aku.. dan dia dah jumpa kawan yang lebih baik dan lebih serasi dengannya daripada aku..biarlah..
  
    sekarang, hanya pada insan ini sahajalah aku mengadu masalah aku dari A to Z.. masalah aku dengan kawan aku yang seorang tupun aku luahkan dekat insan yang di atas ini.. namanya Farah Nabiha bt. Othman. ketua asrama aspuri tahun lepas.. hmm.. rindu sangat dengan dia..
   hari tu, ada jugaklah dia datang aspuri.. ramai budak bedge aku yang menangis bila jumpa k.bip(nama panggilan) balek..alhamdulillah, dia masih ingat dekat aku..

     saya doakan k.bip akan mendapat keputusan cemerlang dalam spm.. semoga dia diberikan masa hadapan yang cerah.. aminnnn...