Sunday, August 28, 2011

aku sedia,kasih..



hype semua..hari ini,saya nak titipkan sebuah kisah benar..kisah ini dialami oleh seorang hamba Allah yang sangat rapat dengan saya..saya dengan dia sudah sebati dan amat tahu perangai masing-masing..
   semasa dia masih lower form, dia berkenalan dengan seorang lelaki,budak form five la..mereka berkenalan pun, di atas satu incident yang tidak disengajakan..kawan kepada hamba Allah ni yang pastkan nombor telefon dia pada budak senior tu..
    pada mulanya,hamba Allah ni,rasa macam tak nak layan budak form five tu..sebab dia memang tak berapa percaya sangat dengan lelaki ni..lagilah kalau abang-abang upper form ni, memang suka main-mainkan budak2 junior..tapi, budak form five ni, baik sangat..ramah.. memahami.. sejak tu, mereka sentiasa contact each other and always share something together...
    lelaki ni pula ada masalah dengan kengkawan dia, so semua cerita dia kongsi dengan kawan saya ni..seperti biasa, bibit suka tu mula berputik..tapi, tak ada seorang pun yang meluahkan, walaupun hakikatnya mereka suka sama suka. apa yang menarik perhatian saya, kalau mereka bertembung, terserampak atau ternampak dari jauh, diorang memang tak akan senyum2 ke,,jeling-jeling ke..rahsia diorang memang tersimpan rapi..dalam sekolah kawan saya ni, adalah dalam 4 atau 5 orang je yang tahu yang diorang ni mengenali antara satu sama lain..
    hampir setahun, mereka contact..always calling and gayut tak berhenti-henti..akhirnya, lelaki ni mengaku jugak yang dia suka perempuan tu..tapi dia tak mengaku dekat kawan saya ni..dia mengaku dekat kakak kawan saya ni..maybe, lelaki tu malu nak cakap dengan kawan saya ni kot.. 
    suatu hari ni, kawan saya ni cerita dekat saya, dia kata budak form five tu dapat PLKN.. tiba-tiba dia risau..nanti bila lelaki tu dah habis sekolah, adakah hubungan diorang akan seperti dulu? mesti dekat PLKN nanti dia akan jumpa lebih ramai perempuan yang lebih baik dari kawan saya..tu baru PLKN, nanti dekat universiti lagi,,bila dah kerja nanti,lagi la ramai persaingan.. ye tak?.. 
    so sekarang, dia bersedia jer dengan apa yang akan berlaku seterusnya..sama ada, lepas ni, diorang akan still contact each other or losscontact itu semua boleh berlaku..kiranya, dia pasti suatu hari nanti diorang akan membawa haluan masing-masing..tapi, sebab kawan saya ni dah jatuh syang dengan budak lelaki tu, dia bertahan jugak..dia kata dia sedia andai suatu hari nanti, dia terpisah dengan lelaki tu, and bila diorang jumpa balik, laki tu dah beranak-pinak..
     hmm..cuba anda pikirkan..apa perasaan anda kalau anda suka dekat orang yang anda tahu dia akan tinggalkan anda..terasa pahit, namun terpaksa ditelan satu persatu.. betullah kata orang, cinta perlukan pengorbanan..walauapapun, hidup mesti diteruskan..ingatlah, pengalamanlah guru kita yang paling bererti dalm hidup..yang mematangkan kita..hingga kita boleh berjaya di muka bumi ni..

Saturday, August 27, 2011

air mata syawal..

setiap orang ada cita-cita nak belajar kat oversea kan?saya pun ada jugak..menjejakkan kaki ke bumi seoul atau sydney adalah impian saya..tapi, entahlah..hanya takdir yang menentukan.tapi,kalau dah belajar dekat luar negara ni, memang jarang dapat baliklah jawabnyer..bukan macam dekat asrama,dua minggu sekali boleh balik..so,beraya pun dekat negara orang..mesti sedihkan?
     tiba-tiba terlintas pulak lagu air mata syawal ni..aduh..syahdu saya mendengarnya.. apapun, to my beloved followers and my beloved friend, shera majlan,,selamat hari raya!!!

( 1 )
Sayu... hati ini makin sayup
Rindu... terkenangkan desa permai
Wajah ayah bonda bermain di mata
Mengajak ku pulang ke desa
Di hari bahagia hari raya

( 2 )
Lama kutunggu
Bertemu di pagi mulia
Namun tidak kesampaian
Airmata jatuh berlinangan

( 3 )
Kuingin berulang manisnya bersama
Menyambut hari bahgia
Jarak memisahkan rindu pertemuan
Bilakah hasrat jadi nyata

( 4 )
Duhai ayah bonda ampunkan anakanda
Tak dapat beraya bersama
Jauh dari mata dekat dalam jiwa
Teguh kasihku tidak berubah

Sunday, July 31, 2011

cinta islamik?wujud kah..?

alt
Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan haram dalam Islam. Antara ayat-ayat yang kerap mereka ucapkan seandainya berbicara tentang cinta adalah:
'ala..aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..'
'saya cintakan awak kerana Allah..'
'Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..'
Firman Allah S.W.T:
"Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk." (Al-Israa': 32)
Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naik nya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang. Bagaimana kita bisa menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber'couple' sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina. Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.
'macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!'
'kalau minta 'break', nanti dia sanggup tunggu aku ke?'
'
'tak apa kot, kami bukan macam pasangan lain,kami jaga pergaulan walaupun 'couple'
'kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..'
Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya?. Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.
Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100%  tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya. Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.
Firman Allah di dalam Surah An-Nur:
"dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)." (Al-Nur 24 :26)
Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi 'realiti kehidupan' ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati. Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan. Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud ;
"Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa" (Al-Furqan 25:74")
Ingatlah! percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.

Saturday, July 16, 2011

pemilik cintaku..





nukilan saya kali ini, saya tulis khas untuk kawan saya NURUL SYAHIRAH MAJLAN..maaf kalau salah eja, kawan..hmm,kawan saya ini mintak saya tulis pasal minat..so, cerita hari ini, ada kaitanlah sikit2 dengan bab minat ni..
   erm..saya ada baca satu buku terbitan telaga biru bertajuk, PEMILIK CINTAKU SETELAH ALLAH DAN RASUL hasil nukilan fatimah syarha nordin.. buku tu memang sesuai untuk remaja, mahupun orang yang berdarah manis..watak utamanya ialah qanaah. seorang gadis yang sangat mementingkan agama dalam kehidupannya. dia ialah seorang gadis yang cantik, sopan, dan lemah lembut..dia menjadi kegilaan ramai lelaki..
    tapi, dengan memang prinsip menjadi seorang muslimah seperti mawar berduri, dia kebal dengan usikan-usikan lelaki di sekelilingnya.. setiap kali ada lelaki yang menghantar mesej kepadanya, dia tak pernah layan..sebaliknya, mesej tersebut dibalas dengan tazkirah-tazkirah yang boleh mengubah persepsi seseorang terhadap cinta..
    banyak juga lamaran yang diterima..tapi, setiap kali dia dilamar dia akan menjawab bahawa dia sudah ada pilihan..sudah ada pilihan bukan bermaksud dia sudah ada 'boyfriend' atau kekasih,tetapi maksud dia sudah ada pilihan ialah dia lebih memilih untuk belajar daripada berkasih dengan lelaki..itu bukan satu penipuan, tapi satu helah agar lelaki tersebut berhenti berharap..
    dia mencari seorang lelaki yang benar-benar menjaga fitrah dalam perhubungan..baginya, lelaki yang menghantar mesej itulah orang petama yang di reject..memang susah nak menawan hati qanaah ni.. dipendekkan cerita, macam mana qannah ni bertemu jodoh, semuanya diuruskan oleh ibu dan bapanya.. semasa, dia bertunang,dia tak tengok lansung wajah bakal suaminya..dan sepanjang tempoh pertunangan dia lansung tak hubungi tunangya.. mesej tak, call pun tak, jumpa apantah lagi..
   hakikatnya,benarlah kata orang couple after nikah lebih terasa nikmatnya.. cuba kita fikir, kalau sebelum kita kahwin, kita dah syok main mesej dengan si dia, dah puas call tiap-tiap hari,agak-agak kalau dah kahwin nanti ada lagi ke cerita yang nak di share?mesti boringkan?
   bila difikirkan balik, boleh ke saya jadi macam watak qanaah ni, tak layan lelaki langsung..walaupun dah ada ikatan pertunangan..memang susah..tapi, kita berusahalah sikit2.. minimakanlah main2 mesej or contact lelaki ni key..
   yang penting, ingat...kalau suka seseorang,pendam jerk.. :)

Saturday, July 9, 2011

keegoanmu..


salam semua..di kesempatan ini ingin aku titipkan kisah rakan ku yang seorang ini..di mata ku, dia seorang yang boleh tahan kacak, tinggi lampai orangnya..slim,,..dari air muka wajahnya, dia kelihatan sdikit tegas..tapi, kalau dah kenal,boleh tahan mesra orangnya..
    pada tahun ini, kami satu kelas..aku duduk di belakangnya..dia memang terkenal dengan sikap tegasnya..tapi, kadang-kadang ketegasannya itu membuatkan orang naik mencirap dengan dia.. pada mulanya kami rapat. dia sering bagi aku gula-gula kalau aku mengantuk semasa guru megajar.kalau aku lapar, nanti dia bagi aku biskut. aku gembira ada kawan seperti macam dia..
   sehinggalah pada suatu hari, dia bergaduh dengan seorang pelajar perempuan di kelasku..hal itu membuatkan, dia anti perempuan..kalau chat dengan aku dekat fb pun.,dia gunakan bahasa yang kasar..example,"mampos ar..". walhal dulu kami seperti adik-beradik..aku sedaya upaya melayannya seperti biasa.walaupun dia menggunakan bahasa yang kasar dengan aku, aku tak pernah melawan atau membetah..sebab, aku terlalu sayangkan persahabatan kami..walaupun kami memang baru kenal tahun ni, tapi aku sendiri pun tak tahu kenapa..aku sedih sangat bila dia bersikap dingin..
   aku tertanya-tanya, apa salah aku pada dia..aku cuba cari keslahan aku..malangnya aku tak jumpa. kalau nak diikutkan, pelajar perempuan lain sering lawan cakap dia..tapi, dia taklah dingin dengan mereka..kalau ada pun, sikit-sikit je la...tapi dengan aku, kalau aku pangil dia, tak pernah nak menoleh..bercakap dengan dia macam cakap dengan tunggul..
   hari itu, dia terjatuhkan barang aku.dia tersepak barang tu, tapi dia tak ambil balik pun barang aku kat atas lantai tu..dia just tengokkan and bla..aku panggil dia,sebab aku geram sangat..tapi dia tak menoleh pun..saat tu, rasa benci tu mula ada dalam diri. betapa aku bersabar melayan karenah dia.. dan ini balasannya..
    baru-baru ni, dia buang aku dari friend list di facebook..huh..sampai hati dia.. apalah salah aku agaknya. aku sentiasa doakan dia mendapat petunjuk..semoga tuhan, lembutkan hati dia..dan semoga egonya reda.. aku rindu persahabatan kami yang dulu..

p/s:dear friend, aku rindu engkau yang dulu..aku tak tahu kenapa engkau jadi macam ni sekarang..sedarlah,   kawan..

Sunday, May 29, 2011


dari mata turun ke hati..cehh!!begitulah kata-kata manis orang yang mabuk cinta, ye tak? hakikatnya memang benar..seseorang yang tidak pandai mengawal matanya pasti mudah tergoda dengan insan berlawanan jantina..hmm,saya tahu sangat kalau yang perempuan sekarang, pantang tengok mamat korea..semua melebur(cair..) melting gitu..
    terliur tengok wajah-wajah comel mamat korea tu..melayan lagu-lagu mereka yang cuweet2... membeli majalah korea, semata-mata nak menatap mamat bermata sepet tu.. hak3,,.. kadang macam tak logik jer.. tapi, itulah remaja sekarang ..ya Allah..jauhkanlah aku dari orang orang yang sesat..
    sesetengah perempuan, siap hafal lagi lirik lagu korea tu.. walaupun hakikatnya tak paham ape pun mkasud lagu tu..hmm, minat punya pasal..biasalah tu kan?kalau yang laki pulak tak taulah ek, mereka ni minat perempuan yang macam mana..kalau perempuan minat mamat korea yang comel-comel and cute,katenyer...kalau yang lelaki macam mana pulak ek?

"pandangan mata itu adalah anak panah ibilis.."

   begitulah sabda rasulluallah..oleh itu, kita sebagai manusia biasa yang terkadang lalai mengawal nafsu perlulah pandai menjaga mata..jangan mata tu meliar jer tengok orang..yang lelaki tengok perempuan cantik,yang perempuan tengok mamat handsome.. 
   terkadang memang sukar untuk kita mengawalnya..apatah lagi jika hati sudah terpaut pada seseorang..seperti mana dalam coretan 'minat' saya terlebih dahulu.. cara terbaik, untuk menghindari masalah mata kita ini, kita mohonlah pada tuhan agar diberikan nikmatnya kemanisan iman..
   sebelum tidur berniatlah dalam hati ingin bangun awal untuk kiam..berdating dengan Allah kala dinihari memang menenangkan hati dan perasaan..hari-hari yang dilalui terasa penuh dengan keberkatan dan keredaan..
   
"Sungguh jika hati telah berasakan manisnya ibadah kepada Allah dan ikhlas kepada-Nya, nescaya ia tidak akan menjumpai hal lain yang lebih manis, indah, nikmat dan baik daripada Allah. Manusia tidak akan meninggalkan sesuatu dicintainya, melainkan selepas memperoleh kekasih lain yang lebih dicintainya."

    semoga kita dapat merasai kemanisan iman itu..insyallah..tetapi kita haruslah juga berikhtiar untuk mengelakkan zina mata ni..terutama yang perempuan..ketika berjalan tundukkanlah pandangan seadanya.. janganlah tunduk sampai tak nampak jalan pulak.. nanti, ada jugak yang meninggal terlanggar tiang.. hehe.. man jadda wa jadda wazara'a hasola..berusaha!

"Orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak tertimpa pelbagai kerosakan. Barang siapa yang terjun ke dalamnya maka ia termasuk orang yang menzalimi diri sendiri, tertipu dan akhirnya binasa. Jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap orang yang dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya."


Saturday, May 14, 2011

minat??...

                                                      
saya ada seorang kawan ni..hmm..biasalah..namanya pun remaja..pasti ingin disayangi dan menyayangi..saya tak kisah pun kalau dia nak minat dengan siapa-siapa..sebabnya, saya pun sama jugak..ada minat kat seseorang tu..tapi diam-diam sudah..

    kawan saya ni pun samalah..dia minat budak tu, tapi dia tak beritahu pun dekat budak yang dia minat tu..cumanya, apa yang saya rasa silap, dia pergi kat facebook budak tu, pastu dia print gambar budak lelaki tu.. saya tak ingat pula dia edit gambar tu ke tidak..

   bila dekat sekolah, kawan saya ni tunjuk dengan saya gambar budak lelaki tu..mula-mula saya tak kesah sangat.. rasa macam biasa-biasa je..tapi dekat dalam dorm, bila saya renung-renungkan balik, sebenarnya menyimpan gambar lelaki ajnabi ni sebenarnya zina mata..begitu juga bagi jantina yang berlawanan..

   so, ambillah pengajaran..tak payah la nak simpan-simpan gambar ni..kalau ada jodoh takkan ke mana.. ye tak? hmm..cukupah sekadar berdoa agar ditemukan jodoh kita bersama insan itu..amin..sekarang ni saya tengah pening kepala..macam mana nak tegur kawan saya yang seorang ni..bukan apa, kalau kita tegur, takut dia terasa..lagipun, orang yang nak menegur ni pun,bukan baik mana.. sama jer dengan hamba Allah yang lain.. banyak melakukan kesalahan..

   tapi bak kata senior saya, K.Kina.. biar hilang kawan asalkan jangan hilang Allah..